tag:blogger.com,1999:blog-56729111273442474402024-03-13T13:59:51.424-07:00ArtikelDMP KEDAHhttp://www.blogger.com/profile/08033807494139028553noreply@blogger.comBlogger15125tag:blogger.com,1999:blog-5672911127344247440.post-20089965971717052862009-09-25T23:40:00.000-07:002009-09-25T23:50:15.572-07:00Khutbah Aidilfitri PresidenHazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 17 Sept:

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang menyeru seluruh umat Islam merujuk kepada panduan Al-quran dan Sunnah dalam menyelesaikan segala masalah dan perselisihan faham khususnya dalam bidang politik yang menentukan dasar dan hala tuju negara.

Beliau dalam teks khutbah Hari Raya Aidilfitrinya mengulas, Allah telah mengajar di dalam Al-quran bagaimana cara untuk menyelesaikan pertelingkahan di kalangan rakyat serta kerajaan.
Di dalam Al Quran juga ada diajar bagaimana menjalinkan persaudaraan di kalangan semua manusia, tanpa mengira bangsa dan agama.

"Semua prkara yang menjadi perbalahan dan berselisih faham yang menyebabkan perkelehaian hendaklah diselesaikan dengan kitab Allajh dan ajaran Rasul." jelasnya lagi.
Menurutnya, Allah turut menegaskan dalam Al Quran mengenai hubungan baik di antara pemimpin dn rakyat. Cara untuk menyatukan manusia yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan latar belakang ialah dengan memerintan secara adil menurut ajaran Al Quran.
Tegasnya, Allah melarang dan mengutuk sekeras-kerasnya mereka yg mengambil petunjuk yang lain daripada Al Quran dalam menyelesaikan permasalahan yang dialami.

Beliau dalam tulisannya berkata, orang yang bertakwa ialah orang yang menjadikan Al Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. sebagai panduan dalam seluruh aspek kehidupan termasuk dalam hal pentadbiran negara.

Untuk menjadi bangsa yang berjaya juga ujarnya, manusia mesti berpegang teguh kepada petunjuk dalam Al Quran dan sunah Rasululllah S.A.W.
Beliau turut mengajak para pendengar menyorot kembali sirah dahulu yang menunjukkan bangsa Arab yang asalnya miskin, buta huruf, dan penuh dengan sifat negatif, kemudiannya berubah menjadi kuat setelah menerima Islam namun akhirnya kembali menjadi lemah kerana meninggalkan ajaran Islam dalam kehidupan mereka.

"Pemimpin negara dan para ulama' perlu bersama-sama memimpin dan menunjukkan kepada rakyat dengan kitab Allah dan cara beramal dengannya yang ditunjuk oleh Rasulullah S.A.W." tulisnya.

Teks penuh khutbah Aidilfitri beliau bagi tahun 1430H boleh dilihat pada laman blog beliau di http://presiden.pas.org.my yang ditulis menggunakan tulisan jawi.

>>Muat turun teks Khutbah penuh_DMP KEDAHhttp://www.blogger.com/profile/08033807494139028553noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5672911127344247440.post-92034825925834291822009-06-08T05:38:00.000-07:002009-06-08T05:39:45.958-07:00Ucapan Dasar Presiden "ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN"Bagi pihak seluruh ahli dan kepimpinan PAS Pusat, saya ucapkan selamat bermuktamar kepada seluruh perwakilan, dan mengalu-alukan kedatangan semua tetamu yang menyeri dan memeriahkan muktamar ini, dengan iringan doa kepada Allah SWT, agar dimasukkan kehadiran ini dalam timbangan amal soleh, yang menjadi bekalan kita di hari akhirat, kerana keyakinan kita kepada dasar dan sifat Islamnya parti yang kita dukung ini. Hadirin dan hadirat yang dihormati, Marilah kita menyatakan kesyukuran kepada Allah, dengan limpah kurnia-Nya, kita semua terus beristiqamah dengan perjuangan yang kita imani kesuciannya, dalam wadah Parti Islam Se-Malaysia (PAS). PAS terus mara berjuang sejak beberapa dekad dan kelangsungannya telah bertali arus sepanjang beberapa generasi hinggalah ke hari ini. Kita terus beriman dan beristiqamah dengan aqidah dan ciri-ciri parti Islam yang ditetapkan oleh Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.. Di atas asas inilah PAS ditubuhkan oleh para alim ulama dan cendekiawan Islam lebih setengah abad yang lalu. Inilah syarat yang menjadi ketetapan Allah kepada Parti Islam yang bercirikan kesinambungan risalah Islam sebenar, dan inilah sebabnya kita menerima ketetapan Allah yang mewajibkan kumpulan Islam sebenar menjadi penerus risalah agama ini, berhadapan dengan pelbagai mehnah dan fitnah. Firman Allah yang bermaksud: “Alif Laam Mim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman’, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan). Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.
[29:1-3] PAS bergerak di atas landasan kesempurnaan ajaran Islam, dengan bercirikan kepimpinan ulama dan kepimpinan berbagai keilmuan, pengalaman, didokong oleh seluruh aktivis PAS di pelbagai peringkat untuk memenuhi segala perintah Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam semuanya (dengan mematuhi segala ajarannya) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
[2:208]
IMBASAN SETAHUN Pelbagai peristiwa telah berlaku sepanjang tempoh setahun kita mengadakan Muktamar yang lalu di negeri Perak Darul Ridzuan. Menerusi muktamar itu, antara keputusan terpenting yang kita sama-sama bahas dan susun jalinan kerjanya adalah untuk memperkukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, dan dalam masa yang sama PAS mempunyai sikap keterbukaannya untuk bertemu serta berbincang dengan sesiapa sahaja bagi kepentingan Islam dan seterusnya rakyat di dalam negara kita ini. Sepanjang tempoh setahun ini, kita sama-sama melihat pelbagai imej politik dilakarkan dan pelbagai pergolakan politik berlangsung di tanah air kita, sekaligus menjana perubahan lanskap politik negara. Suasana ekonomi yang semakin menekan, punahnya sistem ekonomi liberal-kapitalis, keresahan rakyat jelata dalam mengharungi pentas hidup yang tidak menentu, amalan rasuah yang semakin meningkat, bantahan berterusan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran sains dan matematik, perubahan kepimpinan negara dan sebagainya. Kita juga berhadapan dengan beberapa pilihan raya kecil, bermula dengan Parlimen Permatang Pauh yang kita hadapi semasa berlangsungnya muktamar yang lalu, seterusnya pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang, Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Batang Ai dan Penanti dan akan bertemu lagi di Manek Urai. Kesemua pilihan raya ini kita sama-sama hadapi dengan semangat kerja kuat dan keserasian setiakawan Pakatan Rakyat yang tidak pernah luntur. Walaupun kita berhadapan dengan BN yang berselindung di sebalik jentera kerajaan dan pelbagai agensi, tetapi kita berjaya membuktikan bahawa rakyat terbanyak masih kukuh bersama kita dengan kita memenangi lima dari enam kerusi yang dipertandingkan, dan Insya Allah kita akan dapat mempertahankan Manek Urai. Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat yang telah celik, kerana hasil daripada maklumat yang dimerdekakan ke atas mereka oleh sumber media baru, sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu. Kejayaan ini tidak akan mampu kita capai tanpa usaha keras yang ditunjukkan oleh jentera kita dan semua pihak yang sama-sama membantu tanpa habuan wang ringgit. Rupanya kerjasama kita yang sebegini erat, sangat membuatkan pihak tertentu merasa irihati dan merasa bahang kepanasannya. Kemuncak dari keangkuhan mereka ini adalah tindakan tanpa susila merampas kerajaan yang dipilih oleh suara majoriti rakyat yang telah sama-sama kita bina di negeri Perak Darul Ridzuan. Suara rakyat diketepikan dan semangat Perlembagaan dan undang-undang tidak dilaksanakan, manakala keadilan dicerobohi apabila tiadanya pemisahan kuasa dalam Badan Kehakiman. Kerajaan yang sedang berbakti kepada rakyat telah direntap dengan senjata peras ugut dan rasuah politik. Apa yang lebih parah lagi, bukan sahaja segala jenis peraturan dan ?standing order? Dewan dilanggari bahkan kedudukan Dewan tempat bersidangnya Dewan Undangan Negeri Perak telah dicemari dengan peristiwa rampasan kuasa yang kini telah menjadi bahan momokan masyarakat antarabangsa dengan perbuatan tidak bertamadun dan bermoral. Tragedi ini merupakan satu episod hitam dalam sejarah politik di Malaysia, hasil daripada tindakan Umno dan BN yang gelabah, kerana semakin pudar pengaruhnya di hati rakyat Malaysia. ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN Hadirin dan hadirat yang dihormati, Bersandarkan kepada latar belakang politik negara yang kelam kabut dan iklim dunia yang semakin parah suasana geopolitiknya pada waktu ini, maka marilah kita sama-sama mengorak langkah untuk terus mara dengan memimpin rakyat dan negara ke arah perubahan yang hakiki menerusi tema Muktamar kali ini iaitu – “Islam Memimpin Perubahan”. Kita memimpin untuk merubah masyarakat yang menyanjung tinggi materialistik dan semakin rosak ini kepada ma'aruf. Kita bukan sahaja mencegah kemungkaran, tetapi juga menyokong perubahan ke arah kesejahteraan rakyat dan kekuatan Islam. PAS ingin memimpin perubahan dengan membawa satu gagasan politik Islam yang akan menyatukan kaum di Malaysia ini dengan keadilan sejagat. Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
[4:58]
Perubahan ini adalah perlu kerana berlakunya kegagalan sistem politik dan ekonomi dalam dunia hari ini. Hasil dari ketidakadilan dan kegagalan pelbagai sistem, kita menyaksikan semakin bertambahnya politik peras ugut dan perkauman di Malaysia. Keruntuhan sistem komunis dan seterusnya kegagalan sistem ekonomi kapitalis yang sedang berlaku pada hari ini adalah menandakan satu bentuk kehancuran ideologi ciptaan manusia. Kita perlu menyedari bahawa perubahan adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan manusia atas sifatnya sebagai makhluk ciptaan Allah. Dalam kita menerokai sebuah perubahan itu maka kita pun mula bertanya: “Bagaimanakah bentuk perubahan yang kita idam-idamkan itu?” Pada masa yang sama, kita juga mendengar pelbagai slogan daripada kerajaan pimpinan Umno dan BN yang kononnya juga mahukan perubahan. Sepanjang perjalanan sejarah negara, kita bertemu dengan slogan, Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, terkini meniupkan slogan Satu Malaysia. Semuanya adalah retorik, bersifat kosmetik dan akhirnya tidak membuahkan apa-apa yang boleh menyumbang kepada perpaduan masyarakat dan pembangunan roh dan jasad bagi negara kita. Kerajaan yang ada sekarang ini boleh saja melaungkan ratusan slogan, tetapi ianya akan terus hanyut kerana sistem pemerintahan yang ada masih sama, kerana Umno dan BN terperangkap dalam sistem dan amalan politik kuno yang bertunjangkan perkauman, bermatlamatkan kebendaan dan penerusan kuasa dalam apa jua keadaan. Kita juga percaya bahawa slogan 'Satu Malaysia' juga tidak berupaya mewujudkan suasana negara yang lebih baik kerana dalaman Umno dan BN sendiri bercelaru dan tidak bersatu. Hal ini diburukkan lagi dengan tidak adanya konsep pemisahan kuasa antara eksekutif-legislatif-kehakiman dalam negara kita. Sistem politik pula menjadi celaru oleh keegoan politik, pencerobohan dan kerakusan kuasa mencampuri urusan kehakiman dan pentadbiran. Perpaduan masyarakat pula tidak akan mampu dicapai dengan pemberian hak ekonomi dan politik semata-mata. Perjalanan menuju kepada sebuah negara maju bagi Malaysia pula tidak akan ke mana-mana sekiranya demokrasi kita tidak matang, hasil dari peranan Umno dan BN yang telah memundurkan demokrasi dan rakyat terus menerus dijadikan bahan peras ugut oleh mereka. Istilah demokrasi hanya digunakan untuk mengekalkan kuasa politik mereka. Kehebatan dunia pendidikan Islam pula telah dilemahkan oleh dasar pendidikan tajaan Umno, maka lahirlah pemimpin yang tidak bermoral, yang berkuasa melalui rasuah dan penipuan, rakyatnya pula dibanjiri gejala sosial, keruntuhan akhlak dan jenayah yang makin merebak, miskin jiwa dan harta, dan akhirnya menjadi pengundi yang boleh ditipu dan dibeli dengan harga yang murah. Inilah cara Umno mengekalkan kuasanya secara tidak beramanah. PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan ta?aruf di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
[4:1]
Dan Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
[49:13]
Hadirin dan hadirat yang dihormati, Setelah zaman berkembang, maka perubahan adalah sesuatu yang pasti berlaku. Maka setiap perubahan perlu ditangani dengan sebaik mungkin agar perubahan yang berlaku akan hanya menjurus kepada kebaikan dan bukan sebaliknya.
Perubahan yang kita rencanakan ini adalah bukan akibat daripada tekanan rakyat, atau tekanan golongan bangsawan atau tekanan masyarakat dunia, dan bukannya akibat desakan sesiapa, tetapi perubahan yang hakiki untuk kesejahteraan hidup manusia di atas muka bumi ini. Perubahan yang hakiki inilah yang seharusnya kita laksanakan dalam negeri yang diperintah secara bersama oleh PAS dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Cukuplah kesilapan-kesilapan asas pemerintahan yang telah dilakukan oleh Umno dan BN. Bertitik tolak dari perubahan hakiki inilah, maka rakyat akan melihat keupayaan dan keadilan hakiki yang kita perjuangkan ini. Matlamat kita mestilah jelas, iaitu kita merencana ke arah kebaikan kerana ianya adalah suatu tuntutan fitrah dan serasi dengan fitrah manusia dan tanggung jawab bersama, dan bukannya kerana desakan sesiapa.
Dalam kita memahami perubahan yang dipimpin oleh Islam ini, maka kita perlu menyedari bahawa Islam adalah sebuah ad-din yang lengkap dan syumul. Ianya tidak sama sekali bersifat kaku, jumud dan eksklusif sebagaimana yang dikritik oleh para orientalis Barat yang buruk sangka terhadap Islam.
Dalam mempastikan perubahan yang berlaku dalam masyarakat hanya bergerak ke arah jalan yang baik, ke arah yang diredhai oleh Allah dan Rasul-Nya, maka ianya mesti dipimpin oleh mereka yang beriman dan budiman, menjadikan Al Quran dan As- Sunnah sebagai rujukan asas. Hasilnya kita akan lebih mampu untuk melaksanakan keadilan dalam masyarakat.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.”
[5:8]
Atas dasar inilah PAS sebagai sebuah parti siasah Islam, gerakan dakwah dan tarbiah terus menerus mendokong nilai-nilai Islam yang kekal dan dinamis serta nilai-nilai yang tidak bersifat perkauman. Politik yang kita majukan adalah berteraskan politik li ta’arafu ? politik saling menghormati, khususnya bagi negara-bangsa ini yang bersifat majmuk, maka bertambah penting bagi PAS menyerlahkan sifat keadilan Islam yang mampu meraikan kepelbagaian. PAS ingin menampilkan model penyelesaian dan akan terus menyumbang dalam membangunkan masyarakat dan negara dalam abad 15 Hijrah dan 21 Masehi ini.
PAS terus menerus komited untuk mendefinisi dan mentakrif perubahan yang akan berlaku berdasarkan kerangka rujukan Islam yang bersifat universal. Maka PAS bersedia menawar diri untuk memimpin perubahan dan memikul amanah kepimpinan negara dalam sebuah masyarakat majmuk seperti yang terdapat di Malaysia selepas berlangsungnya pilihan raya umum yang ke-13 nanti, insya Allah.
DALAMAN NEGARA
Hadirin dan hadirat yang dihormati, Kewujudan PAS adalah sebagai penerus kesinambungan perjuangan Islam terdahulu di saat tanah air kita masih dijajah. Persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951 juga telah memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Allah. PAS pernah menyumbangkan pemimpin dan pengikut yang ditarbiah dengan dizalimi dan ditindas dengan pelbagai cara oleh penjajah, kerana kitalah pejuang kemerdekaan yang sebenar, bukan seperti mereka yang pernah mengejar nikmat dunia semata-mata dengan menjadi khadam kepada penjajah, kemudian berkhidmat lagi selepas merdeka untuk meneruskan perancangan penjajah itu.
PAS telah berjaya mendesak bersama NGO Islam di ambang kemerdekaan melalui memorandum kepada Suruhanjaya Reid, mendesak supaya meletakkan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan, walau pun Suruhanjaya itu menafsirkan perkataan ‘Islam’ mengikut fahaman sekular yang dianut oleh ahlinya.
Setelah kita merdeka, maka tibalah masanya perkataan besar seperti 'agama' dan 'Islam' itu ditafsirkan mengikut ad-Din yang sempurna, namun Umno meneruskan tafsiran penjajah itu dengan mereka menjadikan Islam agama yang diperintah mengikut keadaan yang mereka wujudkan. Hasilnya, kita menyaksikan negara tercinta diperintah oleh Umno dengan sistem warisan penjajah, dalam keadaan Islam tetap menjadi agama yang tidak berkuasa dan mereka mencorakkan bangsa yang tidak membangun dengan Islam.
Sifat Islam yang adil untuk semua tidak dapat dibuktikan, manakala amalan amar ma?aruf dan nahi mungkar dibelenggu oleh sistem yang menghalangnya. Akhirnya sistem ini tidak membangunkan insan bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Allah SWT. Mereka tidak menjadikan Islam sebagai agama yang memerintah dengan keadilan dan hikmahnya untuk seluruh manusia tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Akibatnya Umno menunjukkan model Islam yang salah kepada rakyat berbagai kaum dan agama, serta menghilangkan kewibawaan umat Islam dan merendahkan martabat raja-raja yang dilantik menjadi ketua agama Islam di negeri masing-masing. Tindakan Umno meminda Perlembagaan merampas kuasa raja-raja bukannya memperkasakan raja-raja dengan kedaulatan Islam, supaya institusi beraja itu berpijak di atas keadilan yang syumul.
Sejak memikul amanah memimpin negara, UMNO telah meminda perlembagaan negara beberapa kali, pindaan yang lebih bersifat tikus membaiki labu, kerana lebih bertujuan untuk mengekalkan kuasa politik mereka, bukannya bertujuan islah untuk memerdekakan negara sepenuhnya daripada kongkongan jahiliah yang masih membelenggu dan menghina Islam. Umno juga meneruskan sistem yang melemahkan Bahasa Melayu dan peranannya dalam ilmu sejak beberapa dekad, setelah Bahasa Melayu bertulisan jawi menjadi bahasa ilmu di rantau Asia Tenggara. Inilah peranan pemimpin Umno yang menggubal Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dengan menukar tulisan bagi Bahasa Melayu dari tulisan jawi ke tulisan rumi.
Apabila ianya diaktakan, maka peranan tulisan jawi sedikit demi sedikit menuju ke penghujung penggunaannya. Tulisan jawi dilemahkan oleh Umno selepas zaman penjajah asing gagal melemahkannya, dan ini sangat memalukan bangsa Melayu kerana rakan-rakan kita kaum Cina dan India dapat mempertahankan tulisan dan bahasa masing-masing, tetapi tulisan jawi Bahasa Melayu dipinggirkan oleh dasar yang digubal oleh Umno sendiri.
PPSMI
Hari ini, UMNO telah sekali lagi mencatatkan satu sejarah baru dengan meneruskan agenda pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dengan alasan untuk memajukan bangsa, sedangkan pelbagai kajian di peringkat nasional dan antarabangsa yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa pembelajaran sains dan matematik di peringkat asas ini mestilah dilaksanakan menerusi bahasa ibunda masing-masing. Penafian fakta ini adalah satu bentuk penipuan terhadap daya intelek rakyat sendiri.
Ingin saya tegaskan sekali lagi di sini, bahawa PAS tidak anti kepada bahasa Inggeris, atau mana-mana bahasa yang ada di dunia ini. Pandangan PAS adalah sama dengan pandangan para pengkaji dan sarjana bahasa, bahawa pengukuhan terhadap bahasa Inggeris mestilah berasaskan kepada memperkukuhkan pembelajaran bahasa itu sendiri.
MARUAH PEMIMPIN NEGARA
Hadirin dan hadirat yang dihormati, Perubahan kepimpinan dalam negara kita yang baru sahaja berlaku itu bukannya hal dalaman Umno dan BN semata-mata, tetapi ianya juga turut memberi kesan kepada seluruh rakyat yang bernaung dalam negara Malaysia tercinta ini. PAS berpendapat bahawa kepimpinan adalah merupakan satu amanah yang sangat besar, dan ianya wajib dipikul oleh orang yang bukan sahaja layak dan adil tetapi juga perlu dilihat bersih amal perbuatannya. Risiko mempunyai kepimpinan yang rosak akhlak dan mempunyai seribu satu macam bebanan fitnah adalah sangat tinggi, yang mana maruah negara adalah menjadi taruhannya.
Oleh yang demikian, PAS ingin menggesa pihak kerajaan untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan bagi membersihkan pemimpin utama negara yang dipaparkan oleh media asing sebagai mempunyai bebanan kes rasuah dan jenayah. Tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan.
Sekiranya tindakan pembetulan ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan negara akan menjadi bahan momokan masyarakat dunia. Kita juga diuji dengan belenggu undang-undang zalim ISA sejak zaman penjajah, namun setelah penjajah meninggalkan negara kita, ianya disambung semula oleh Umno serta ditambah lagi dengan akta yang dicipta sepertinya selepas merdeka, seperti OSA, AUKU, Akta Polis, Akta Penerbitan, Akta Mesin Cetak dan sebagainya.
Ianya telah berjaya digunakan sebagai senjata untuk mengekalkan kuasa pemerintahan Umno dan BN, melindungi kezaliman dan penyelewengan secara undang-undang, dan juga menghakiskan amalan demokrasi, bukannya menjaga keamanan dan keselamatan negara.
Kita berpendapat bahawa untuk menjamin keselamatan dan keamanan negara hendaklah melalui undang-undang dan sistem kehakiman yang adil bukan dengan undang-undang seperti itu. Pra-syarat utama untuk melahirkan sebuah negara yang subur asas demokrasinya pula mestilah dengan mempunyai sistem penjalanan pilihan raya yang bebas; jelas konsep pemisahan kuasa antara eksekutif – legislatif – kehakiman dalam negara; mematangkan konsep raja berperlembagaan yang dilihat dari perspektif Islam; kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang bertepatan dengan fitrah naluri kemanusiaan, pembaharuan sistem ekonomi dan politik; hubungan antarabangsa dan lain-lain lagi.
PAS menyertai pilihan raya sejak kali pertama diadakan di zaman penjajah, walau pun dengan kejayaan hanya satu kerusi dalam serba kekurangan, tetapi kita berterusan menyertai selepasnya. Di awal kemerdekaan lagi, kita mula belajar menyertai pilihan raya dan PAS telah berjaya mengambil dua buah negeri, iaitu Terengganu dan Kelantan. Pemerintahan kita pada ketika itu berhadapan dengan berbagai-bagai tekanan diskriminasi oleh Kerajaan Pusat, diserang dengan pelbagai cara, termasuklah juga rasuah politik dengan membeli wakil-wakil rakyat. Kita tumbang di Terengganu dan terus bertahan di Kelantan sehingga tahun 1978, di mana akhirnya kita dijatuhkan dengan perisytiharan darurat secara lakonan, apabila mereka gagal memperolehi wakil rakyat yang cukup untuk dibeli.
POLITIK WANG
Alhamdulillah, hari ini PAS menjadi parti yang selamat daripada banjir politik wang, yang dicipta oleh Umno untuk terus berkuasa, walaupun berhadapan dengan gelombang penolakan oleh rakyat. Umno dan BN tetap mahu berkuasa selama-lamanya walau pun melakukan banyak perlanggaran yang merosakkan negara dan rakyat. Mereka sanggup mencabul Perlembagaan, mengancam perpaduan dan seterusnya mewujudkan politik yang tidak stabil. Sekarang ini penyakit itu memakan diri Umno sendiri dan rakan-rakannya dalam BN, dan sedang menjadi barah dalam dirinya, tanpa segan dan malu.
Bagi PAS hanya Islam yang menjadi rahsia ketahanan kita, dengan pengisian tarbiah, dan bai'ah kepada setiap pemimpin dan calon pilihan raya yang dipilih, kita diajar dosa pahala dalam amalan politik. Kita diajar bahawa dosa pahala bukannya terhad dalam perkara ibadat, makan-minum dan pakaian sahaja.
Sekarang PAS bangkit menjadi parti yang kukuh dan istiqamah, yang mana kita bertahan lima penggal di Kelantan dengan kelebihan hanya satu kerusi di penggal yang lalu walaupun diusahakan oleh pihak tertentu untuk menumbangnya dengan tekanan dan habuan politik wang-ringgit. Hari ini kita berjaya lagi, walaupun pemerintahan bersama kita di Perak dirampas, tetapi wakil rakyat kita tidak tenggelam dengan politik wang dan ugutan. Rahsia ketahanan kita ialah Islam yang kita imani secara sempurna dalam semua urusan.
PAS juga merasa bangga kerana hingga kini ahli-ahli Parlimen kita juga telah bertindak menyuarakan pandangan-pandangan parti dengan penuh keberanian dan hikmah, memberikan gagasan-gagasan baru dalam parlimen sehingga mereka disegani oleh kawan dan lawan. Laksanakan amanah itu dengan sebaik mungkin dengan landasan Islam, supaya mesej yang kita bawa dapat diikuti dan difahami oleh rakyat yang sangat dahagakan perubahan ini.
Di masa ini, kita telah berjaya mengadakan hubungan ‘tahalluf siyasi’ dengan parti-parti dan NGO, yang mempunyai titik persamaan dalam menangani isu tertentu, tanpa kita berganjak dari dasar dan matlamat PAS. Seruan kita adalah dengan mengajak kepada Islam, dan seterusnya menolak pemimpin diktator yang berlagak seperti Tuhan seolah-olah boleh melakukan apa sahaja mengikut hawa nafsunya. Kita tidak memaksa mereka menganut Islam dalam aspek ibadah, tetapi kita boleh bersatu dengan mereka yang menentang kezaliman dan tidak boleh bersama dengan orang-orang yang zalim.
Pendekatan kita dalam amalan politik yang tidak berpisah dengan agama Islam adalah berpandukan firman Allah yang ditulis dalam perutusan Rasulullah s.a.w. kepada kerajaan di zamannya yang bermaksud: “Marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: ‘Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam.
[3:64]
IKLIM EKONOMI
Hadirin dan hadirat yang dihormati, Dunia pada hari ini berdepan dengan krisis kewangan, sekaligus kegawatan ekonomi akibat keruntuhan sistem kewangan Barat berteraskan riba, ihtikar dan gharar.
Adalah mengandungi hikmah mengapa Allah SWT dan Rasul-Nya s.a.w. menyenaraikan riba di kalangan dosa besar, walaupun tidak dimasukkan ke dalam jenayah Qisas dan Hudud, namun ianya diberi amaran yang keras.
Akibat muamalat kewangan ini, maka terbitlah pelbagai produk dengan beraneka nama canggih yang diniagakan oleh negara Barat yang bermegah dengan kemajuannya. Bank Dunia mengakui bahawa krisis kali ini melibatkan kerugian bukan berbillion bahkan beberapa trillion dollar Amerika. Setelah dunia melihat pertembungan ekonomi kapitalis dan komunis, kini berlaku pula pertembungan antara negara-negara kapitalis yang merugikan dunia.
Kerajaan BN pula berpeluang meletakkan punca krisis ekonomi negara kepada faktor luar yang bersifat global dan kononnya tidak dapat dielakkan. Tindakan kerajaan ini adalah tidak bertanggungjawab, bahkan mengekalkan ?sindrom penafian? yang menjadi amalan kerajaan BN selama ini.
Lebih parah lagi kerajaan BN terus menerus mentadbir ekonomi negara dengan rakus dan boros, serta sarat dengan amalan penyelewengan kuasa, rasuah, kronisme dan nepotisme yang menyaksikan pengulangan tabiat buruk pengurusan orde lama. Rakyat terus menanggung kerugian besar, sementara segelintir pihak kroni terus mengecapi keuntungan semasa ekonomi mewah sedikit waktu dulu dan mereka diselamatkan oleh 'bailout' kerajaan BN.
Tegasnya, isu utama yang dipertikaikan hingga kini adalah ketelusan dan bertanggungjawaban. Peristiwa Bank Bumiputra yang hidup berkembar dengan pejabat Umno hanya tinggal dalam lipatan sejarah hitam ekonomi negara.
PAS juga menggesa semua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, yang menguruskan pelaburan rakyat seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), diuruskan dengan penuh berhemat. PNB yang menguruskan dana berjumlah hampir RM120 billion, semestinya mampu memberi pulangan yang mapan untuk faedah rakyat. Perlu juga diingatkan keperluan untuk mematuhi kehendak syariah dalam setiap pelaburan tersebut.
Lembaga Tabung Haji juga mestilah mampu memenuhi tanggungjawab menjaga kepentingan ekonomi umat Islam dan memastikan setiap pelaburan adalah tidak berasaskan spekulatif dan mengambil kira semua risiko yang terlibat.
Kini rakyat dan pekerja akan terdedah kepada kesan kemelesetan ekonomi. Beban hutang isi-rumah, kad-kredit dan pinjaman swasta, yang menyaksikan hutang tak-berbayar (NPL) akan terus meningkat. Permintaan dunia telah pun berkurangan dan menyebabkan ekspot kita jatuh. Hal ini jelas dengan pengurangan Indeks Pengeluaran Industri (IPI) sebanyak 15.8% pada hujung tahun lalu, hasil pengurangan permintaan khususnya di sektor pengeluaran/pembuatan dalam sektor elektrikal dan elektronik, semi konduktor, produk-produk kimia dan juga sektor komoditi.
Dengan permintaan yang menurun secara mendadak, pengilang tidak ada cara lain kecuali membuang pekerja bagi mengurangkan kos dan mengekalkan keuntungan serta mengelak kerugian besar. Pada hujung tahun 2009 ini, 200,000 pekerja dijangka dibuang dan menjadi penganggur. PAS kerap kali membangkitkan perkara ini supaya segera ditangani.
PAS suka mengingatkan semua pihak bahawa urus tadbir yang baik terhadap segala khazanah kekayaan dan sumber alam yang dianugerahkan di muka bumi ini adalah satu juzuk tuntutan amanah Allah SWT yang diletakkan ke atas manusia selaku khalifah Allah di atas muka bumi ini. Mentadbir kewangan dan menjadikan pengurusan ekonomi serta membangunkan harta atau ?Hifzul Mal?, adalah termasuk dalam perkara-perkara penting, yang disebutkan sebagai lima keperluan hidup manusia atau ‘ad-Dharuriyat al-Khamsah’ yang mesti dipelihara dan dimajukan oleh sebuah kerajaan yang dibimbing dan ditadbir oleh syari'at Islam.
PAS menekankan kepentingan menentukan keutamaan (awlawiyat) dalam kerangka menentukan perbelanjaan, sama ada Perbelanjaan Mengurus dan Membangun serta persoalan sektor utama dan kritikal yang hendak dibangunkan. Acapkali negara diaibkan dengan ketidakcukupan pemakanan seperti beras, sementara negara kita ini dilimpahi dengan tanah pertanian. Tidak salah ingin menjadi negara industri maju, tetapi semua negara maju mempunyai 'Kedaulatan dan Keselamatan Pemakan' seperti UK, Jepun, Amerika dan Eropah. Songsang dan bersimpang siur pemikiran pemimpin negara dalam hal pacuan pembangunan negara, sehingga negara hilang daya saing dalam segala hal dan juga tidak punya daya tahan mendepani pelbagai krisis termasuk pemakanan. Laksana “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”.
PAS juga amat insaf dengan kepentingan asas moral dan nilai agama yang kukuh bagi memastikan kepimpinan politik negara selamat daripada bencana rasuah, penyalahgunaan kuasa serta tamak, rakus dan boros. PAS kembali mengingatkan dirinya bahawa penyelesaian masalah ekonomi manusia bermula dengan memperbetulkan akidah, fikrah dan akhlak, serta iltizam pemimpin kepada tuntutan amanah Allah SWT bagi mentadbir dan memakmurkan bumi dalam rangka tuntutan khilafah dan amanah.
PAS mahukan gagasan Sistem Liberal-Kapitalis lapuk yang telah memansuhkan emas sebagai sandaran utama mata wang ditinggalkan. PAS ingin mengesyorkan supaya pemimpin dunia kembali kepada Dinar Emas, bagi meletakkan struktur kewangan global berpaksikan emas dan perak untuk menangani ketidaktentuan nilai mata wang dan mengelakkan inflasi akibat perbuatan mencetak wang kertas.
PAS juga mahukan konsep Pertumbuhan Hijau terus diperkasakan. Falsafah Petumbuhan Hijau amat selari dan sejajar dengan tuntutan tasawwur Islam yang menekankan pembangunan dan pertumbuhan mestilah mengambil kira impak kemusnahan kepada alam sekitar dan sumber-sumber serta aset negara yang tidak mampu diganti. Hijau yang tidak membawa kemusnahan kepada kelangsungan kualiti hidup dan daya saing generasi mendatang, wajar ditekankan dalam paradigma pembangunan lestari. Itulah tasawwur pembangunan memakmurkan bumi yang dianjurkan Islam sesuai dengan firman Allah SWT dalam Surah Hud ayat 61. Maksudnya: “Dan kepada kaum Tsamud (Kami utus) saudara mereka Salleh. Salleh berkata: ‘Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu daripada tanah dan menjadikan kamu pemakmurnya karena itu mohonlah keampunan-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya).”
[11:61]
Di samping itu PAS menekankan bahawa pembangunan perlu seiring dengan semangat “perkongsian” yang sebenar di antara entiti-entiti bisnes dan perniagaan, atas dasar berkongsi dalam keuntungan dan juga kerugian – “musyarakah bil gharam wal ghanam”. Penswastaan perkhidmatan dan keperluan asas seperti perkhidmatan air, elektrik, kesihatan dan pendidikan adalah amat tidak digalakkan kerana membebankan rakyat akhirnya.
Sementara Islam adalah mesra perniagaan, tetapi ia tidak mengorbankan kepentingan awam. Golongan berpendapatan rendah, fakir dan miskin, tambah-tambah lagi mesti dilindungi dengan pelbagai kaedah agihan kekayaan dalam pendekatan zakat dan sadaqah bagi membela kehidupan mereka. Di samping itu jaringan keselamatan sosial dan penjagaan kesihatan bagi semua rakyat, agama, kaum dan budaya mestilah juga ditekankan dalam dasar kerajaan. Segala pendekatan positif mesti dilakukan di atas dasar dan prinsip keperluan dan kelayakan secara adil. Inilah prinsip keadilan Islam yang terus dijunjung tinggi oleh PAS dalam semua keadaan.
PEMERKASAAN ORGANISASI
Hadirin dan hadirat yang dihormati, Hasrat untuk melihat PAS berkembang menjadi sebuah organisasi yang kuat tidak akan dapat dicapai tanpa mempunyai sistem pengurusan parti yang kukuh. Sistem pejabat, pengurusan organisasi dan petugas parti mestilah senantiasa diberikan pelbagai ruang untuk berkembang dalam menghadapi cabaran yang semakin menekan di masa kini dan akan datang. Kursus-kursus peningkatan kemahiran untuk petugas ini perlulah dirancang untuk melahirkan petugas yang hebat dan mempunyai fikrah perjuangan Islam yang jelas. Usaha untuk meningkatkan jumlah ahli haruslah dipertingkatkan. Selain dari itu, kualiti ahli sedia ada dan baru juga perlu dijaga supaya mereka akan tahan ujian dan menjadi individu yang menyumbang kepada penerusan perjuangan Islam ini.
Pada masa yang sama, kita menyedari bahawa PAS dianggotai oleh individu yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan, pekerjaan dan lain-lainnya. Sesetengahnya pula menerima didikan awal dari pelbagai organisasi dakwah, dan ada yang tidak mempunyai latar belakang tarbiah Islam langsung. Itulah hakikat kerencaman ahli dalam parti kita ini.
Walaupun PAS sungguh terbuka untuk menerima idea-idea baru, semua yang menjadi ahli PAS ini perlulah ditarbiah dengan kefahaman fiqh siyasi yang diperjuangkan oleh PAS, serta memahami budaya dan kaedah PAS. Institusi usrah dipelbagai peringkat pula perlulah diperkukuhkan, untuk melahirkan ahli yang faham serta istiqamah dengan perjuangan Islam yang kita bawa ini.
MASYARAKAT BUKAN ISLAM
Sepanjang tempoh puluhan tahun kewujudan PAS ini, kita telah berjaya untuk memecahkan tembok masyarakat bukan Islam yang dahulunya merasa janggal dengan PAS. Pertambahan undi yang diterima oleh PAS dalam beberapa pilihan raya pada masa kini juga menunjukkan sokongan yang semakin hari semakin bertambah.
Alhamdulillah, semuanya mampu kita capai dengan usaha yang bersungguh-sungguh yang telah dirintis oleh para pimpinan PAS yang terdahulu, dimulai dengan penubuhan Majlis Perundingan Cina (CCC) yang sama-sama kita ketahui itu sehinggalah kepada kewujudan Kelab Penyokong PAS pada masa sekarang.
Hasilnya PAS mampu untuk lebih memahami keperluan dan suasana yang dihadapi oleh masyarakat pelbagai kaum dan agama yang wujud di Malaysia ini. Kita memahami keperluan beragama, politik, ekonomi dan pendidikan untuk masyarakat pelbagai agama dan kaum di negara ini. Berasaskan kepada hakikat ini, kita juga telah menunjukkan sikap adil kepada mereka di negeri-negeri yang pernah diperintah oleh PAS di waktu lalu, dan pemerintahan bersama Pakatan Rakyat pada masa kini.
PAS amat menghargai sokongan ini. Oleh yang demikian, bersesuaian dengan perkembangan yang berlaku dan tahap kefahaman ahli PAS yang semakin bertambah, dan sebagai satu proses memperkasakan Kelab Penyokong PAS, maka program orientasi khusus dan umum kepada ahli kelab mestilah dilaksanakan untuk memberi kefahaman yang jelas mengenai perjuangan PAS. Juga dicadangkan kepada penggubal undang-undang PAS, supaya kewujudan kelab ini diinstitusikan menerusi pindaan perlembagaan PAS yang bakal dilaksanakan untuk memasukkan peruntukan kewujudan kelab dan statusnya dalam organisasi parti, keahlian dan peranannya dalam PAS.
Sesungguhnya, ini adalah merupakan satu langkah bersejarah dalam parti kita sebagai paradigma baru PAS untuk memimpin masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Kita juga mengiktiraf ahli kelab untuk menjadi sayap kita yang melibatkan diri secara langsung dalam pilihan raya di bawah payung PAS.
Inilah kefahaman kita, berasaskan kepada politik Islam yang pernah memerintah berbagai-bagai bangsa dan agama dengan adil, dan dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. dengan perintah Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana Agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”
[60:8]
Selain dari suasana politik baru yang ada pada waktu ini, PAS juga mestilah terus menerus berusaha untuk mencari kaedah-kaedah yang bersesuaian, agresif dan berstrategik untuk memenangi kelompok undi teras yang terdiri daripada pengundi luar bandar dan desa.
SABAH DAN SARAWAK
Hadirin dan hadirat yang dihormati, Kita juga menyedari kepentingan negeri Sabah dan Sarawak dalam pembangunan negara Malaysia ini. Kita juga menyaksikan bahawa setelah puluhan tahun di bawah pemerintahan kerajaan BN, status ekonomi, pendidikan dan pembangunan di Sabah dan Sarawak ini tidak banyak berubah, malah ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Ketidakadilan dan kepincangan ini sering pula diluahkan oleh ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak dalam setiap sesi persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Walaupun begitu, suara-suara ini tenggelam dalam keangkuhan kerajaan pimpinan Umno dan BN.
Oleh yang demikian, PAS perlu mengambil langkah yang agresif dan tersusun, untuk terus melebarkan sayap ke Sabah dan Sarawak, setelah benihnya ditanam oleh generasi terdahulu yang telah dan sedang berada di sana. Kepimpinan PAS pula akan lebih kerap berkunjung ke sana untuk bertemu masyarakat pelbagai etnik dan seterusnya menjelaskan peranan PAS untuk membantu mereka.
Para pendokong PAS di sana juga perlulah memperkemaskan organisasi, dan seterusnya mempergiatkan langkah-langkah pengilmuan orang Islam yang berada di sana, menerusi majlis ilmu untuk memberi kefahaman serta tasawwur Islam yang sebenar kepada rakyat. PAS juga akan memperkenalkan Islam kepada penduduk peribumi sehingga mereka memahami dan menyokong perjuangan PAS.
PERANAN DEWAN-DEWAN
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
DEWAN ULAMA
Sebagaimana yang seringkali diperkatakan, bahawa kewujudan PAS adalah hasil dari silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal, tetapi teras kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air adalah hasil daripada persidangan para ulama pada 23 Ogos 1951 yang membentuk Persatuan Ulama Se-Malaya, dan akhirnya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951 dalam satu persidangan ulama Malaya di Bagan Tuan Kecil, Seberang Prai.
Kini kepentingan Dewan Ulama dapat dihayati sekiranya kita meneliti akan tugas-tugas am ahli jawatankuasa kerja Dewan Ulama dalam PAS, seperti yang dinukilkan dalam Perlembagaan PAS. Antaranya dalam Fasal 40 (6)(a) iaitu tugas untuk “menyatu tenaga dan pemikiran ulama Islam bagi memperkuat dan mempertingkatkan perjuangan Islam di negeri ini dan berusaha mengembang dan menyebarkan kefahaman dan kesedaran Islam ke segenap lapisan masyarakat menerusi gerakan dakwah dan penggembelingan tenaga ummah yang berterusan”; serta Fasal 40(6)(b) iaitu “menyusun, mengatur dan menjalankan kegiatan tarbiah dan pendidikan di kalangan ahli-ahli dan mengatur program-program latihan kepimpinan bagi membentuk petugas-petugas parti yang berilmu, bertakwa, berpengalaman dan memahami perkembangan semasa”.
Kepentingan ini tidak memberi makna sekiranya kewujudan dan peranan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan PAS ini tidak diperkasakan. Oleh itu, sebagai benteng yang sangat penting dalam parti, Dewan Ulama perlulah terus menerus memberikan kefahaman kepada ahli PAS terhadap perjuangan Islam dengan memberi penekanan kepada pembinaan fikrah perjuangan yang jelas, merealisasikan konsep kepimpinan ulama, pemahaman kepada asas sebuah gerakan Islam menerusi konsep wala dan taat, istiqamah, wehdatul fikrah, dan sebagainya.
Program untuk menarik golongan ulamak muda yang akan mewarisi perjuangan juga perlulah diperhebatkan, kerana merekalah pelapis ulung yang akan meneruskan kelangsungan perjuangan Islam secara istiqamah.
Selain dari itu juga, penglibatan veteran PAS yang tidak lagi memegang jawatan dalam parti perlu dirangka dan diinstitusikan, supaya mereka yang mempunyai pengalaman yang banyak ini dapat terus-menerus menyumbang kepada perjuangan yang dibawa oleh PAS. Program seminar dan muqayyam khusus kepada mereka juga boleh dijalankan.
Penegasan bahawa PAS adalah sebuah organisasi Islam yang sempurna juga perlu senantiasa ditanamkan kepada ahli dipelbagai peringkat. Asas ini sebenarnya membawa kepada pemahaman, bahawa untuk menyumbang tenaga dan masa kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS tidak semestinya seseorang itu perlu untuk menyandang jawatan politik ? seperti menjadi Ahli Dewan Undangan atau seorang Ahli Parlimen, tetapi ahli-ahli dan pimpinan juga boleh menyumbang tenaga mereka dalam aspek dakwah, tarbiah dan amal serta khidmat kebajikan yang sangat luas dan amat penting kepada kelangsungan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.
Oleh itu, segala ruang mestilah terus diterokai dan diinstitusikan supaya ahli-ahli PAS dapat sama-sama memainkan peranan mereka.
DEWAN PEMUDA
Hadirin dan hadirat yang dihormati, Marilah kita menyedari bahawa asas perjuangan yang diletakkan oleh generasi yang terdahulu memerlukan golongan ?syabab? sebagai penerusnya. Sehubungan dengan itu, PAS ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dewan Pemuda PAS di semua peringkat kerana terus menarik sokongan pengundi muda kepada PAS termasuk dalam pilihan raya-pilihan raya kecil yang telah berlangsung. Golongan pengundi muda ini adalah sangat penting kepada perjuangan PAS, kerana merekalah generasi yang akan mendominasi geopolitik negara di masa yang akan datang.
Berteraskan fenomena inilah, maka Pemuda PAS perlu merangka pelan untuk mengekalkan sokongan orang-orang muda daripada pelbagai latar belakang, kaum, budaya, taraf pendidikan dengan program-program yang bersesuaian, termasuk 'mengakhlakkan' aktiviti-aktiviti hiburan, sosial dan sukan yang selama ini dilihat di luar ruang lingkup aktiviti PAS. Usaha ini perlu bukan sekadar untuk tujuan politik, tetapi lebih utama untuk melaksanakan tugas ‘penyelamat’ bagi mengeluarkan mereka daripada keruntuhan akhlak serta hanyut dalam hiburan di luar batasan agama.
Dewan Pemuda perlu menggiatkan program tarbiyah kepada anak-anak muda untuk mencapai sekurang-kurangnya dua tujuan; pertamanya melahirkan generasi pemimpin yang akan meneruskan perjuangan yang panjang ini dan kedua; melahirkan penyokong dan penggerak yang menghayati perjuangan parti untuk menegakkan Islam.
Ini adalah kerana realiti sekarang menuntut pemimpin yang bukan sahaja mempunyai ilmu, berintegriti, bahkan berkemampuan untuk mentadbir negara dan berperanan di peringkat antarabangsa. Semoga Pusat Latihan Akademi Kepimpinan Pemuda yang baru dirasmikan di Kok Lanas pada bulan Februari lalu akan melonjakkan kegiatan-kegiatan tarbiah untuk melahirkan kepimpinan yang lebih baik bagi memimpin ummah.
Petugas daripada kalangan pemuda khususnya telah memberi sumbangan besar dalam pilihan raya dan kegiatan PAS termasuk menggerakkan massa dalam Himpunan Membantah PPSMI baru-baru ini. Unit Amal di bawah kelolaannya perlu meningkatkan lagi prestasi, sungguh pun telah banyak menerima pujian dan kepercayaan hasil dari tahap disiplin yang tinggi dan perkhidmatan yang diberikan.
Perkhidmatan kepada rakyat secara bermusim seperti menjelang hari perayaan dan tidak bermusim seperti bencana alam perlulah diteruskan dengan penuh iltizam tanpa batasan negeri, bangsa dan budaya. Pemuda juga perlu terus pro aktif dalam menghadapi isu-isu dalam negara dengan memimpin ummah di medan dan secara bijaksana berhadapan dengan entiti yang berkenaan.
Dalam konteks parti dan kerajaan serta percaturan politik yang serba mungkin dewasa ini, PAS terus menggalakkan Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat.
DEWAN MUSLIMAT
Hadirin dan hadirat yang dihormati, Golongan muslimat adalah sangat penting dalam perjuangan PAS. Mereka juga perlu memainkan peranan yang besar sesuai dengan posisi sebagai peneraju kepimpinan wanita Malaysia. Komposisi wanita yang melebihi 50 peratus dari penduduk Malaysia, memerlukan muslimat turut bersama di dalam masyarakat dalam usaha membina masyarakat yang bertamadun dengan pendekatan “Da'ie menuju mad'u”.
Isu-isu wanita dan kewanitaan perlu menjadi agenda fokus dan ditangani oleh Dewan Muslimat menerusi penglibatan dan bersua muka dengan pihak-pihak berwajib. Kepimpinan muslimat mesti menyemarakkan citarasa rakyat agar sokongan yang besar memihak kepada kita. Kehadiran muslimat di tengah masyarakat kota, pinggir bandar dan desa akan menjadi penyuntik dan pembakar semangat ke arah perubahan minda bahawa Islam mampu menerajui perubahan.
Penyatuan dan kemantapan jentera muslimat mesti diisi dengan sistem tarbiah yang tersusun dan berterusan. Tarbiah mestilah sentiasa diberi perhatian di semua peringkat kepimpinan bagi memantapkan jentera dan organisasi. Tarbiah mesti diperkasa agar mampu membentuk kepimpinan muslimat yang berilmu, bertaqwa dan jelas dengan fikrah amal jama'ie.
Penerapan elemen-elemen keilmuan, akhlak dan kemahiran dalam setiap program dan agenda perlu sentiasa ditekankan untuk melahirkan qiadah dan jundiah, serta ‘amilin Muslimat yang sentiasa ‘mesra amal dan jihad’.
Muslimat juga mesti memainkan peranan mendekati generasi muda dengan membina jambatan-jambatan persahabatan, melalui acara-acara kebersamaan dengan mereka. Persepsi awal dan memahami jiwa segar mereka harus digunakan untuk membantu menyemarakkan lagi sokongan dalam kalangan generasi muda.
Pendekatan pengisisan berbentuk ilmiah dan hiburan tidak boleh dikesampingkan dari naluri generasi muda. Kecenderungan sesetengah generasi muda kepada program-program yang berbentuk hiburan harus terarah dan dipimpin. Hiburan yang mendidik dan membina kekentalan jiwa taat kepada Allah SWT harus dipupuk.
Dengan ini ianya diharap mampu menghasilkan generasi yang faham dan memihak kepada Islam dan menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Muslimat harus menjadi ikon kebanggaan masyarakat dengan menjalin hubungan dengan kelompok yang kurang bernasib baik dan kurang kemampuan. Muslimat mesti meletakkan diri sebagai pelaksana perkhidmatan dalam hal kebajikan. Ianya termasuklah menjalankan program-program kemasyarakatan yang berbentuk memberi khidmat kaunseling, khidmat kesihatan, klinik guaman dan sebagainya.
Program-program khidmat kebajikan tidak seharusnya dijadikan program tempelan, tetapi hendaklah ia menjadi kerja asas yang dilaksanakan di setiap masa. Mewujudkan pasukan-pasukan sukarelawan yang bertugas di satu-satu lokasi yang dikenal-pasti untuk dicurahkan khidmat-bakti pada setiap hujung minggu adalah satu permulaan yang baik. Bahkan muslimat mesti mewujudkan tenaga yang perlu turun ke akar umbi untuk memastikan wanita-wanita mendapat maklumat yang penuh dan jelas tentang Islam dan dasar-dasar parti. Kerja-kerja ini memerlukan kerjasama semua pihak di dalam parti dan kesefahaman semua pihak agar 'yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing'.
Akhir sekali, gabungan tenaga saf kepimpinan muslimat yang bijak dan berpegang kepada wehdatul fikr dan wehdatul amal, beserta ahli dan penyokong yang setia di bawah manhaj yang tersusun kukuh akan menghasilkan natijah yang diharapkan. Pemimpin dan ahli yang iltizam dengan PAS dan istiqamah dalam amal islami dan amal jamai'ie, akan melahirkan ‘amilin yang dinantikan serta mampu memenuhi pelaksanaan Islam Memimpin Perubahan.
PERSADA ANTARABANGSA
Hadirin dan hadirat yang dihormati, Dunia pada hari ini dibayangi pelbagai krisis politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Kesemuanya lahir daripada kelemahan dasar dan konsep yang terpesong daripada petunjuk Allah yang bernama Islam, akhirnya manusia yang menjadi mangsanya, termasuklah dalam hubungan antarabangsa. Secara tabiinya, peperangan dan krisis di kalangan bangsa dan negara mustahil dihapuskan, selagi ada golongan yang melampaui batas kemanusiaan dan bertindak zalim.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Telah zahir keburukan di darat dan laut hasil kerja tangan-tangan manusia sendiri, supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka, agar mereka kembali kepada (petunjuk Allah).”
[30:41]
Pada ketika ini juga umat Islam sedang memasuki alaf baru dengan penuh ujian dan cabaran. Kedudukan umat Islam terus dihimpit dengan pelbagai tekanan dan ujian yang sangat mencabar. Di mata dunia antarabangsa, maruah serta nyawa umat Islam bagaikan tiada apa-apa harga dan nilai. Lihat sahajalah apa yang terus berlaku di Palestin, Afghanistan, Chechnya, Iraq dan terkini di Pakistan, seolah-olah harga nyawa umat Islam lebih murah dari haiwan yang hina.
PAS amat tersentuh dengan peristiwa yang berlaku di bumi Gaza. Serangan serta pencerobohan tentera Zionis ke atas bumi suci ini, khususnya Masjid Aqsa, terakhir ialah berlaku di Gaza dengan menggunakan segala kelengkapan kereta kebal, helikopter Apache buatan Amerika serta penggunaan bom fosforus telah mencabul segala batasan undang-undang antarabangsa, melanggar hak asasi kemanusiaan serta merupakan satu jenayah perang yang besar.
Hasilnya adalah bantahan secara terbuka di hadapan masyarakat antarabangsa, namun pihak kuasa besar memejamkan mata dan memekakkan telinga. Mereka mengenepikan dasar dan konsep kemanusiaan sejagat dengan terus memberi perlindungan kepada negara haram itu melakukan apa sahaja. Selain dari itu, ada di kalangan negara kuasa besar ini yang menjadi pembekal senjata dan teknologi moden tanpa sekatan. Mereka juga tanpa segan silu bersikap 'double standard' dengan mengharamkan rakyat Palestin memiliki senjata dan negara jiran pula dipaksa menjaga keselamatan Zionis Israel yang ganas itu.
Apa yang lebih memalukan kita adalah perilaku sebahagian besar dari pemimpin dunia Islam yang masih dikongkong dengan tekanan hegemoni Zionis di negara umat Islam sendiri. Hasilnya, pimpinan negara umat Islam sendiri yang menambah kesengsaraan umat Islam yang berada di medan ganas ciptaan Zionis ini. Keadaan ini semakin menekan dengan tindakan badan-badan antarabangsa seperti Kesatuan Eropah (EU), dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang kesemuanya membisu seribu bahasa, dan tidak malu menggunakan kuasa veto untuk melindungi jenayah perang yang dilakukan oleh tentera Zionis ini.
Islam mengharamkan penganutnya tunduk kepada tindakan yang tidak bermaruah ini. Sehubungan dengan itu, kita mengalu-ngalukan tindakan protes yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Turki Rejab Tayyeb Erdogan di Persidangan Davos dan Presiden Iran Mahmood Ahmadinejad di Geneva. Kita juga amat mengharapkan adanya sikap susulan daripada negara umat Islam sendiri yang sepatutnya merasa malu dengan contoh yang ditunjukkan oleh negara-negara kecil di Amerika Latin yang menunjukkan simpati kepada rakyat Palestin.
Lebih angkuh lagi sehingga kini mereka terus mengepung bumi yang mengandungi penduduk berjumlah 1.5 juta orang itu tanpa sebarang perikemanusiaan. Mereka bertindak memutuskan bekalan letrik dan air serta menyekat sebarang bentuk bantuan makanan dan perubatan daripada sampai kepada penduduk yang tidak berdosa. Rakyat Palestin menjadi mangsa sejak setengah abad, tanah air dirompak, dihalau daripada rumah, diroboh pula tempat kediaman, dimusnahkan kebun dan tempat yang menjadi sumber kehidupan dan dibunuh tanpa batas. Di atas tanah rampasan ini pula dibina tempat kediaman pendatang Yahudi, di mana rakyat Palestin pula dipaksa terus menjadi pelarian.
Semua kekejaman ini berlaku kerana masyarakat antarabangsa mengizinkan penubuhan negara Zionis Yahudi bernama Israel, dengan alasan sejarah yang bohong dan lapuk. Penubuhan negara haram ini dengan dokongan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dikuasai oleh Negara-negara Kuasa Besar Dunia yang menjadi anggota tetap berkuasa veto. Negara haram ini seolah-olah mendapat lesen memiliki senjata yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa dan boleh melakukan jenayah dengan hak kekebalan tanpa hukuman.
PAS bersama rakan dalam Pakatan Rakyat telah berjaya mendesak sidang khas Parlimen bagi membela Palestin ketika berlakunya kekejaman di Gaza, seterusnya mendapat keputusan sebulat suara tanpa mengira agama dan fahaman politik, supaya Zionis Israel diheret ke mahkamah antarabangsa kerana kesalahan jenayah kemanusiaan ini. PAS juga telah berjaya memungut sumbangan orang ramai bagi membantu rakyat Palestin dan menyerahnya secara langsung kepada mangsa kezaliman Israel itu.
Sekali lagi saya ingin merakamkan sokongan padu PAS terhadap intifadhah yang diterajui oleh Harakah Muqawwamah (Hamas) di bumi suci Palestin. PAS mengutuk sikap ‘double standard’ kuasa barat yang mempertahankan segala tindakan zalim dan dan tidak bertamadun ini kononnya atas dasar ‘memerangi keganasan’. Bagi PAS, isu bumi Palestin serta pembebasan Masjid Al-Aqsa kekal menjadi agenda terpenting di peringkat antarabangsa.
RANTAU ASEAN
Hadirin dan hadirat yang dihormati, PAS juga amat prihatin terhadap nasib umat Islam di rantau ini iaitu di Selatan Filipina dan Selatan Thai. Umat Islam di kedua-dua wilayah yang bergolak ini terus dibebani dengan konflik yang tidak nampak jalan penyelesaiannya.
Pertumpahan darah serta kekejaman terus dibiarkan oleh masyarakat dunia, semata-mata kerana kononnya yang menjadi mangsa itu terdiri daripada kumpulan ?militan? ataupun ‘pengganas Islam’ yang mesti dihapuskan.
Di Selatan Thai, pertumpahan darah masih berterusan sehingga kini. Begitu juga di Selatan Filipina, hampir 500,000 nyawa telah terkorban secara kejam serta menjadi mangsa pelarian. Namun dunia antarabangsa terus berdiam diri kerana mangsa di bunuh dan dihalau di atas nama memerangi ‘pengganas Islam’.
PAS ingin membuat seruan terbuka kepada kedua-dua negara jiran kita agar konflik ini dihentikan segera. Tiada penyelesaian kecuali kembali ke meja rundingan dan mencari jalan damai. Keegoan untuk tidak sanggup duduk berunding tidak akan mendatangkan apa-apa faedah, bahkan akan terus menerus merumitkan keadaan.
Saya ingin menegaskan bahawa PAS sentiasa bersedia untuk menjadi ?jambatan? bagi mencari jalan penyelesaian kepada konflik yang tidak berkesudahan ini seperti mana sumbangan dan penglibatan PAS dalam membantu menyelesaikan konflik antara Gerakan Acheh Merdeka (GAM) dengan pemerintah Indonesia.
PAS juga amat prihatin dengan perubahan pucuk pimpinan di Amerika Syarikat. Pemilihan Presiden Obama pula diharapkan akan membuka 'lampu hijau' ke arah hak-hak 'kebebasan bersuara' dan 'pendemokrasian' di dunia Islam.
Namun saya ingin menegaskan agar kepimpinan Obama harus menerima hakikat bahawa mereka mesti mengikis segala sifat prejudis dan chauvanis, serta memandang remeh terhadap Islam serta penganutnya. Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa pertubuhan-pertubuhan Islam di serata dunia sedia 'berdialog' dan ‘bertukar-tukar fikiran’ dengan mana-mana pihak termasuk penggubal polisi Rumah Putih di Washington.
Sebagai permulaan, Washington mesti melihat gerakan serta pertubuhan Islam sebagai sebahagian dari unsur-unsur positif dan pengukuhan ke arah pendemokrasian di negara-negara Islam seluruhnya.
KESIMPULAN
Sebagai intipati tindakan bagi para pendokong dan pimpinan PAS, maka izinkan untuk saya simpulkannya dan membuat seruan seperti berikut:
i) Saya menyeru kepada semua peringkat ahli parti untuk memperkukuhkan ukhuwwah, mahabbah dan persaudaraan dalam saf jamaah khususnya di peringkat kepimpinan serta aktivis parti sehingga ke seluruh akar-umbi supaya benar-benar menjadi seperti yang dituntut Allah SWT dalam Surah As-Sofff ayat 4, terutamanya Majlis Syura Ulama, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan-dewan, Badan Perhubungan PAS Negeri-negeri, Kawasan-kawasan dan Cawangan-cawangan. Arahan ini juga termasuk memperkukuhkan Kelab Penyokong PAS sehingga kebersamaan mereka dalam perjuangan PAS dapat terus diperkasakan.
ii) Marilah kita mengurus kemenangan dan kelemahan kita dengan Islam, supaya Islam yang kita perjuangkan itu mampu dilihat sebagai pemandu dalam segala bentuk amalan kita. Kita ingin memimpin perubahan dalam negara kita dengan Islam. Semua petugas parti perlulah mencari formula dan ruang yang ada untuk menonjolkan kepimpinan Islam dalam segenap segi kehidupan dengan cara yang penuh hikmah dalam menangani harapan rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya serta terus kekal dengan iltizam disiplin yang tinggi supaya tidak goyah oleh perancangan jahat musuh.
iii) Marilah kita melaksanakan mesej dakwah secara muwajahah silmiyyah, dengan kita sedia berdialog, bermuzakarah dan berdebat dengan sesiapa sahaja demi merealisasikan tema Islam Memimpin Perubahan.
iv) Marilah kita terus menerus memperkasakan parti dan mempersiapkan kepimpinan PAS, bagi menangani cabaran persaingan yang semakin sengit dari segi tuntutan intelektual dan mendepani permasalahan negara dalam konteks global. Para pimpinan ulama PAS juga perlu berani berijtihad bagi menangani polemik-polemik baru dalam urusan perundangan dan kancah politik yang serba mencabar ini.
v) Marilah kita menampilkan satu imej dan citra PAS sebagai parti Islam yang sentiasa bersedia untuk berdepan dengan apa jua cabaran semasa dan mendatang dengan menampilkan satu pendekatan imej yang bersifat ‘Usuliy’ dari segi prinsip-prinsip perjuangan, ‘Mu?asirah’ dari segi kepimpinan dan organisasi-jentera, ‘Istiqbaliy’ dari segi persiapan dan kesediaan untuk menggempur senario perjuangan masa depan.
vi) Marilah kita mengeratkan persefahaman dan keserasian setiakawan dan kelancaran bekerja di semua peringkat dalam Pakatan Rakyat, sehingga benar-benar dapat menyerlahkan kredibiliti dan perpaduan Pakatan Rakyat khususnya di semua negeri-negeri yang kita tadbir bagi bersiap sedia untuk menempah kejayaan yang lebih besar dalam PRU ke-13.
PENUTUP
Akhirnya, dikesempatan ini bagi pihak Muktamar, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Selangor, Panitia Induk Muktamar, Badan Perhubungan PAS Selangor dan semua petugas yang terlibat, serta semua pihak yang menjayakan Muktamar ke-55 ini.
Mudah-mudahan segala amal ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Marilah kita menghayati akan firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.”
[24:55]DMP KEDAHhttp://www.blogger.com/profile/08033807494139028553noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5672911127344247440.post-29003192536938278452009-06-08T05:36:00.000-07:002009-06-08T05:38:26.947-07:00UCAPTAMA KETUA DMPP - Muktamar Tahunan DMPP 49Segala puja-puji bagi Allah Tuhan yang Maha Mengatur dan Menguruskan seluruh alam. Sesungguhnya dengan izin dan inayahNya jua kita dapat bertemu dalam Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke 49 ini. Kepada semua, saya mengalu-alukan kehadiran dan keterlibatan dalam menjayakan muktamar ini. Marilah kita bersama-sama menjadikan muktamar kali ini sebagai wadah kepada muslimat untuk menaiki mata tangga perjuangan yang lebih tinggi. Moga segala penilaian, teguran, pandangan dan idea-idea baru yang dijana akan membakar lebih marak api kemaraan muslimat di dalam perjuangan ini. MENYEMARAKKAN KEMENANGAN Firman Allah SWT yang bermaksud; “Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.-
at-Taubah: ayat 41
Sidang muktamar yang dihormati sekalian, Alhamdulillah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah Ya Malikul Mulk, Tuhan Yang Memiliki seluruh kerajaan di mukabumi ini. Allah yang telah memberikan kekuasaan dan kerajaan kepada gabungan Pakatan Rakyat melalui pilihanraya baru-baru ini di negeri-negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta seketika di Perak sebelum dirampas dengan rakus oleh Barisan Nasional dengan mengenepikan suara rakyat.
Sejarah telah melakarkan satu lagi keajaiban Allah s.w.t. yang mana gabungan Pakatan Rakyat merupakan parti-parti politik yang serba kekurangan telah dapat memenangi hati rakyat bagi membela nasib mereka dan menentukan halatuju serta masa depan negara. Jauh berbeza dengan gabungan Barisan Nasional yang tanpa segan silu menggunakan seluruh jentera kerajaan negeri dan pusat untuk kepentingan mereka bagi mempertahan kuasa.
Sesungguhnya fenomena ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa arus kehidupan rakyat yang semakin berubah dan matang, mahu memilih jalan hidup yang berteraskan kepada kebenaran dan keadilan sejagat yang sememangnya menjadi tuntutan Islam. Walaupun dicurahkan dengan segala bentuk kebendaan, ianya sudah tidak mampu memikat hati rakyat yang semakin sedar dan bimbang bahawa negara kita sedang menuju ke arah kehancuran.
Sidang muktamar yang dikasihi sekalian, Secara sedar ataupun tidak, kita berhadapan dengan satu peradaban jahiliyyah yang berteraskan kapitalisma berdasarkan amalan riba? dan segala rupa bentuk materialisma yang mengakibatkan berlakunya penindasan dan kezaliman. Satu peradaban yang dilihat sekarang telah menghasilkan kepincangan sistem kekeluargaan, pendidikan, ekonomi, sosial, dan perundangan. Ataupun boleh dikatakan seluruh sistem kehidupan sudah menampakkan tanda-tanda ke arah kehancuran.
Dalam keadaan kegusaran dan kebuntuan ini, kita lihat manusia mula tercari-cari jalan keluar dan mula mendekati Islam sebagai jalan penyelesaian kepada seluruh kepincangan dan kehancuran ini. Sememangnya Islam sebagai satu cara hidup telah pun menjanjikan kesejahteraan kepada kehidupan manusia sejagat.
Firman Allah SWT yang bermaksud; ?Sesungguhnya Allah menyeru (manusia) ke tempat kediaman yang sentosa dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada manusia yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) ke jalan yang betul dan lurus (yang selamat itu).? –
Yunus: ayat 25
Oleh itu bermula dari kemelut ini, marilah kita bertekad untuk mengambil kesempatan yang datang ini untuk terus menyemarakkan kemenangan agar usaha-usaha dakwah dan pengislahan atau reformasi masyarakat dapat kita lakukan dengan lebih berkesan.
MENGUKUHKAN KESATUAN FIKRAH & AMAL
Sidang muktamar yang dikasihi sekalian, Kita insafi bahawa kemenangan yang dianugerahkan Allah s.w.t. ini menuntut kita mengisinya dengan kebenaran dan keadilan Islam. Tuntutan perjuangan memerlukan kepada pengorbanan yang hebat. Juga keutuhannya memerlukan kesatuan fikrah dan amal yang jelas serta berterusan seperti ditunjukkan oleh para Nabi, Rasul dan seluruh pejuang Islam dahulu sehingga kini.
Usaha-usaha bagi mengukuhkan kesatuan fikrah dan amal adalah satu kemestian bagi jamaah Islam. Ianya dapat memastikan kesinambungan perjuangan dan tidak lari dari landasan sebenar. Muslimat PAS sendiri terdiri daripada pelbagai golongan termasuk ulama', profesional, aktivis dan suri rumah yang menjadi 'grassroot' kepada perjuangan ini. Kepelbagaian latarbelakang muslimat ini merupakan pelengkap kepada kekurangan setiap pejuang yang akhirnya akan melahirkan satu saf muslimat yang dinamik umpama sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
Kejelasan aqidah dan prinsip perjuangan merupakan teras dan dasar kepada kepelbagaian ini. Justeru akhirnya akan membawa kepada kemantapan dan kecemerlangan. Perbezaan pendapat dan pendekatan merupakan sifat kreativiti Allah Ya Musowwir dan Ya Khaliq. Allah SWT telah memberikan sifat tersebut kepada manusia agar manusia menjadi kreatif dalam usaha-usaha kembali kepada Allah s.w.t. dengan mengadun-jalin pelbagai idea dan pendekatan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk agama-Nya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.? –
As-Saf: ayat 4
Oleh itu perbezaan-perbezaan yang wujud harus diterima sebagai kepelbagaian teknik dakwah yang harus merangkumi pelbagai jenis mad?u atau sasaran dakwah. Dewan Muslimat PAS sentiasa menerima dengan terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menggabungkan diri dalam perjuangan ini dan bersedia menerima teguran, pandangan dan pendapat demi kecemerlangan perjuangan.
MUSLIMAT BERINTERGRITI & BERPERANAN SEBAGAI DA’I KEPADA MASYARAKAT
Bagi memastikan kesatuan yang kukuh di kalangan jentera muslimat, usaha-usaha ke arah melahirkan muslimat yang bercirikan kepada muhajidah, berilmu, beriman, beramal, bertaqwa, beristiqamah serta berperanan sebagai da?i pada masyarakat mestilah dipertingkatkan. Untuk itu, Dewan Muslimat Pas akan terus memberikan komitmen kepada usaha-usaha pembentukan kepimpinan dan amilin yang profesional melalui penubuhan akademi naqibah. Harapan kita ianya akan dapat mendidik dan melahirkan saf kepimpinan yang mampu memimpin wanita di semua peringkat, serta menjadi amilin yang mampu menyerahkan seluruh jiwa dan raga untuk perjuangan suci ini.
Mudah-mudahan dengan itu kita para pendokong Muslimat akan termasuk di dalam golongan mereka yang berjual beli dengan Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksudnya; “Wahai orang-orang beriman, mahukah Aku tunjukkan perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenar)" –
as-Saf: ayat 10 - 11
i. PERANAN MEMANTAPKAN AKHLAK MASYARAKAT
Sidang muktamar yang dikasihi sekalian, Dewan Muslimat PAS di semua peringkat hendaklah sentiasa memberikan komitmen yang berterusan bagi membawa masyarakat kepada berkeperibadian dan akhlak yang tinggi dan terpuji. Muslimat adalah agen perubahan bagi kemantapan kehidupan masyarakat dalam semua aspek kehidupan. Sewajarnyalah berbekalkan dengan pentarbiyahan tenaga para dai? dari kalangan muslimat ini serta kesatuan fikrah berupaya menarik minat masyarakat ke arah matlamat yang diidamkan.
Muslimat menekankan akhlak terpuji di dalam semua aspek kehidupan termasuk aspek ekonomi, pendidikan, kekeluargaan, perundangan, kesenian, sukan dan sebagainya. Akhlak terpuji yang dibawa oleh Islam ini adalah seperti nilai-nilai jujur, amanah, bertanggungjawab, hormat menghormati, bantu-membantu, prihatin dan seumpamanya. Sifat-sifat ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah merupakan keperluan manusia sejagat.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.? –
al-Anbia: ayat 107
Begitu juga seluruh manusia menolak keperibadian buruk yang akan merosakkan kehidupan seperti rasuah, penyelewengan, amalan riba?, mementingkan diri sendiri, kezaliman, penindasan dan seumpamanya.
ii. PERANAN MENGEMBALIKAN MASYARAKAT ISLAM SEBAGAI PENDOKONG KEPADA AJARAN ISLAM YANG SYUMUL
Di dalam usaha-usaha kita membina masyarakat berakhlak, Dewan Muslimat PAS ingin menegaskan bahawa ummat Islamlah sewajarnya menjadi contoh teladan kepada masyarakat keseluruhannya. Tanggungjawab ini terpikul berat ke atas bahu Muslimat PAS. Muslimat PAS harus berbeza dengan wanita yang tidak menjalani proses tarbiyah yang lain. Jika tidak akan jadilah keadaan sebagaimana perumpamaan yang menggambarkan keadaan 'ketam yang menyuruh anaknya berjalan betul'.
Islam telah diturunkan sebagai satu cara hidup yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Ummat Islam mesti kembali kepada cara hidup Islam dan meninggalkan cara hidup jahiliyyah yang dibawa oleh penjajah. Cara hidup yang kuat dipengaruhi oleh penjajah ini telah menyempitkan Islam sebagai hanya satu agama ritual dan telah diwarisi serta membelenggu ummat Islam hingga kini.
Umat Islam harus mengembalikan sistem perundangan Islam, pendidikan Islam, perubatan Islam, kekeluargaan Islam, ekonomi Islam, kesenian Islam dan sistem kerjaya yang berlandaskan Islam. Kembali kepada satu sitem hidup Islam sebagai ad-Deen – “Islam as a way of life' satu kehidupan yang diredai oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan jangan kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata"–
al-Baqarah: ayat 208.
Dewan Muslimat melalui program penerangan, kebajikan, perundangan akan terus memberikan komitmen yang sangat tinggi bagi membawa masyarakat Islam khususnya di Malaysia ini kembali kepada cara hidup Islam dalam semua aspek kehidupan. Tidak lupa juga kita mendokong usaha-usaha Nisa' memperkenalkan dan memikat para remaja kita ke arah cara hidup Islam yang syumul.
iii. PERANAN MEMBAWA MASYARAKAT KELUAR DARIPADA KEMELUT KEHANCURAN INSTITUSI KELUARGA
Sidang muktamar yang dikasihi sekalian, Dewan Muslimat PAS sangat prihatin terhadap masalah yang menimpa institusi keluarga khususnya umat Islam. Kadar perceraian yang tinggi dan sangat mencemaskan menunjukkan penyakit yang kronik sedang menimpa institusi keluarga.
Dewan Muslimat ingin menegaskan bahawa institusi keluarga mestilah kembali kepada peranannya yang asal iaitu melahirkan dan membina ummat yang memperjuangkan kehidupan yang diredai oleh Allah SWT.
Hari ini kita dapati matlamat perkahwinan bukan lagi untuk membina keluarga yang menjadi batu-bata masyarakat yang kukuh. Malang sekali ianya seolah-olah telah menjadi tempat dimana dunia dan wang ringgit menjadi matlamat sehingga melupakan tanggung jawab isteri, suami untuk memberi kasih sayang dan mendidik anak-anak.
Kekusutan hubungan suami isteri yang sangat mencemaskan ini, akhirnya membawa kesan negatif kepada anak-anak. Akibatnya anak-anak terabai dan membawa mereka kepada gejala sosial yang melalai dan merosakkan mereka.
Menyedari akan hakikat ini, Dewan Muslimat perlulah mengembelingkan tenaga bagi membuat program-program kesedaran dan pengisian rohani bagi membawa mereka kembali kepada fitrahnya yang asal dan akhirnya akan membawa kepada keharmonian rumahtangga.
MENGUBAH MINDA WANITA MALAYSIA KE ARAH KECEMERLANGAN UMMAH
Sidang muktamar yang dikasihi sekalian, Wanita Malaysia perlulah dibawa ke arah mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat. Sebahagian mereka perlu mengubah minda sedia ada yang selama ini dibelenggu dengan pelbagai kepercayaan dan prinsip yang negatif, akibatnya mereka mundur dari segala aspek.
Kekurangan ilmu tentang kehidupan termasuk perundangan, hak-hak wanita, pendidikan dan ekonomi menjadikan masih ramai wanita Malaysia hari ini hanya mampu mengikut arus dan tidak mampu berfikiran kritis, proaktif dan inovatif. Usaha-usaha perlu kita lakukan bagi membawa wanita kepada kecemerlangan serta mampu memilih yang benar dan yang salah.
Tegas Allah SWT pada firman-Nya yang bermaksud: “Katakanlah adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" –
Az-Zumar: ayat 9
Pemikiran negatif yang berpada dalam 'zon selesa', takut untuk mencuba perkara baru, takut gagal, takut mengambil risiko dan tidak mampu menempuh ujian dan dugaan dengan penuh ketabahan menjadikan ramai kaum wanita Malaysia khususnya wanita Melayu hanya menjadi pengguna, tetapi tidak mampu mencipta produk baru dan pendekatan baru.
Masalah ini ditambah lagi dengan sikap malas, suka mencari jalan pintas, suka bergantung kepada orang lain dan tidak mahu berusaha. Akhirnya masih ramai wanita-wanita ini tertipu dengan pelbagai tipudaya skim cepat kaya dan seumpamanya.
Oleh itu, Dewan Muslimat perlulah memberikan komitmen yang tinggi melalui pelbagai program penerangan. Sasarannya adalah termasuk wanita bandar, luar bandar, warga emas khususnya wanita Melayu. Usaha-usaha ini bagi mengubah minda mereka daripada berfikiran negatif dan statik kepada pemikiran positif dan dinamik yang akan menggerakkan perubahan di dalam masyarakat.
MENGUASAI POLITIK NEGARA DENGAN KESYUMULAN ISLAM
Politik negara kita hari ini telah dicemari dengan pelbagai amalan rasuah, penyelewengan dan ketidakadilan. Ramai ahli-ahli politik di negara ini telah dilabelkan oleh sebahagian besar rakyat sebagai perompak harta negara, yang mana mereka menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mendapatkan keuntungan dan wang ringgit bagi kepentingan diri.
Kesibukan mencari ruang-ruang kepentingan diri menyebabkan kurangnya masa untuk memikirkan pembangunan negara dan kepentingan rakyat. Sekiranya ada yang mengkritik dan membangkang, maka pelbagai tindakan politik akan dikenakan sehingga ramai yang terpaksa berdiam diri walaupun nampak penyelewengan yang jelas di depan mata mereka.
Namun begitu, PAS dan parti-parti rakan dalam gabungan Pakatan Rakyat tidak pernah gentar dengan ugutan dan tindakan mereka. Kebenaran dan keadilan terus dilaungkan dan ditegakkan. Dewan Muslimat ingin menegaskan kepada semua aktivitis PAS dan Pakatan Rakyat bahawa kami sentiasa memberikan sokongan padu dan akan terus bersama walau apa dugaan sekalipun yang akan mendatang.
Dewan Muslimat akan bersama menyumbangkan usaha-usaha yang telah dirancang oleh PAS Pusat dalam agenda membawa ciri-ciri Islamiyah dalam berpolitik dan bernegara. Sesungguhnya kesyumulan Islam hanya dapat dinikmati melalui amal yang berterusan bukan sekadar retorik sahaja.
Jika tidak terjadilah suasana seperti UMNO yang mengagungkan Islam sebagai satu tamadun lampau yang dapat dilihat kesyumulannya hanya pada lipatan sejarah dan juga pada lembaran kertas kitab-kitab yang tersusun baik di perpustakaan.
i. PERANAN MUSLIMAT DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG & HALA TUJU NEGARA
Dewan Muslimat PAS tidak ketinggalan memainkan peranan dalam penggubalan undang-undang negara. Muslimat yang diwakili oleh beberapa orang tokoh Muslimat yang menjadi Ahli Dewan Negara (Senator), Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terus menerus memperjuangkan kebenaran dan keadilan, membela mereka yang tertindas serta mereka yang menjadi mangsa politik Barisan Nasional.
Peranan muslimat dalam menentukan hala tuju negara akan semakin terserlah dengan lahirnya tokoh-tokoh muslimat di kalangan pengamal undang-undang, pengamal perubatan, ahli-ahli akademik, ahli-ahli perniagaan dan pemimpin masyarakat.
Dewan Muslimat mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua cendikiawan muslimat yang sanggup mengorbankan status dan jawatan mereka demi perjuangan.
ii. MENYOKONG KONSEP KERJASAMA POLITIK YANG DIPUTUSKAN OLEH KEPIMPINAN PAS
Dewan Muslimat juga menyokong sepenuhnya setiap keputusan Majlis Syura Ulama' dalam menangani cabaran politik tanah air seperti konsep Tahaluf Siyasi dan sebagainya. Dewan Muslimat sangat menghargai semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan daripada parti-parti PKR dan DAP yang menghormati Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Harapan kita persefahaman dan semangat setia kawan ini dalam gabungan Pakatan Rakyat dapat diperkukuhkan lagi.
Dewan Muslimat juga sangat menghargai sumbangan ahli-ahli Kelab Penyokong PAS yang telah banyak membantu PAS terutama di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil. Sokongan padu mereka ini membuktikan PAS telah mampu menunjukkan keperibadian yang dapat diterima oleh semua pihak termasuk dari kalangan bukan Islam.
MEMBINA GENERASI PELAPIS NEGARA
Sidang muktamar yang dikasihi sekalian, Sedarilah bahawa terlalu ramai para remaja telah rosak aqidahnya, yang memerlukan sumbangan kita untuk membawa mereka kembali kepada fitrah asal sebagai seorang hamba Allah s.w.t. Banyak pihak hari ini lalai dan leMAka tidak menyedari akan perancangan musuh Islam yang menyerang secara gerak saraf dengan menghantar hiburan, pelbagai jenis dadah yang merbahaya dan merosakkan kesihatan, arak, budaya rempit, lepak dan sebagainya sebagai senjata bagi menghancur masa depan generasi muda kita.
Malah mereka yang dihantar untuk pemulihan ke pusat-pusat seranti semakin bertambah dari hari ke hari. Agenda pemulihan ini amatlah sukar dan kurang berkesan serta memakan belanja yang sangat besar. Sesungguhnya cara Islam yang mengutamakan pencegahan adalah lebih berkesan dan terjamin kejayaannya.
Proses kehancuran ini dipercepatkan lagi dengan internet yang telah disalahgunakan untuk menyebarkan bahan-bahan lucah dan perkara-perkara mungkar. Pihak yang bertuhankan wang ringgit ini telah menggadaikan masa depan generasi muda demi kepentingan mereka sendiri. Dewan Muslimat bersama Nisa' sentiasa memberikan komitmen yang tinggi bagi mendekati para remaja bagi memujuk mereka kembali kepada cara hidup Islam. Nisa' telah mula memantapkan jenteranya melalui pelbagai unit yang sesuai dengan jiwa remaja termasuk unit dakwah, kaunseling, kebudayaan dan sukan bagi menyediakan diri sebagai rujukan kepada para remaja yang bermasalah dan kehilangan panduan hidup.
Dewan Muslimat PAS juga menyedari akan fungsi cendikiawan muda terutama dari kalangan mahasiswa yang seharusnya memainkan peranan penting di dalam membawa para remaja kembali kepada Islam. Keupayaan minda dan intelek yang dikurniakan Allah SWT harus digunakan untuk memikirkan pelbagai pendekatan dan teknik bagi menarik kembali mereka yang telah terpesong ke jalan yang lurus.
Dewan Muslimat PAS juga mendesak pemansuhan akta AUKU yang telah mematikan sifat kritis dan kreativiti mahasiswa yang akhirnya melahirkan ramai mahasiswa yang jumud, beku dan tidak prihatin terhadap segala permaslahan masyarakatnya.
Dewan Muslimat PAS sentiasa memberi komitmen untuk membawa mahasiswa kepada hala tuju yang sebenar iaitu sebagai pemimpin masa depan yang akan menggunakan seluruh kekuatan intelek yang dikurnia Allah s..w.t bagi merancang masa depan negara. Seterusnya memainkan peranan membawa negara ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.
SOKONGAN GENERASI MUDA
Dewan Muslimat PAS merasa sangat terharu dengan perubahan yang ditunjukkan oleh generasi muda di dalam beberapa pilihanraya-pilihanraya kecil baru-baru ini. Walaupun dalam keadaan keperibadian yang tidak sepenuhnya Islam, mereka masih yakin untuk menerima PAS sebagai satu wadah untuk mengubah nasib mereka.
Ini menunjukkan generasi muda sudah sedar akan kerosakan dan kehancuran yang sedang mereka alami dan ingin kembali ke pangkal jalan bersama-sama dengan PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat.
Dewan Muslimat PAS ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang padu yang diberikan oleh generasi muda hari ini. Marilah sama-sama kita berganding bahu melakukan sesuatu untuk memberi kesedaran kepada semua generasi muda di Malaysia ini dan membawa mereka kembali ke jalan fitrah asal mereka.
MUSLIMAT & AGENDA KEBAJIKAN
Sidang muktamar yang dikasihi sekalian, Di dalam kemajuan negara yang dibanggakan oleh kerajaan BN, sebenarnya masih ramai lagi rakyat yang dhaif, tertindas, teraniaya dan yang tidak cukup keperluan hidup dan masih memerlukan bantuan. Perbezaan antara golongan kaya dan miskin sudah mulai menampakkan jurang yang sangat besar.
Ini adalah kerana sistem zakat kerajaan BN hari ini tidak mampu melaksanakan fungsinya secara berkesan. Ditambah lagi dengan situasi ekonomi berasaskan kapitalisma dan materialisma yang semakin lumpuh, bilangan rakyat miskin akan meningkat hari demi hari. Dewan Muslimat PAS juga menyedari bahawa rakyat negara ini bukan sahaja miskin harta, tetapi juga miskin agama. Jentera kerajaan BN yang ditugaskan memberi ilmu agama kepada rakyat tidak mampu melaksanakan tugasnya dengan baik. Islam hadhari yang diperjuangkan kerajaan BN tidak menampakkan sebarang kesan dalam membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai satu cara hidup.
MEWUJUDKAN PUSAT KHIDMAT BERSEPADU (ONE STOP CENTER)
Menyedari akan situasi rakyat yang semakin kronik, Dewan Muslimat PAS telah memberi komitmen yang tinggi selama ini terutama bersama negeri-negeri Pakatan Rakyat dan NGO yang memperjuangkan kebajikan rakyat dalam membantu golongan miskin, tertindas, teraniaya dan kurang upaya mengikut keupayaan yang diberikan oleh Allah SWT.
Dewan Muslimat juga sedang berusaha untuk menubuhkan Pusat Khidmat Bersepadu (One stop center) di semua peringkat bagi membolehkan masyarakat berbilang kaum datang untuk mendapatkan pelbagai khidmat mengikut kemampuan PAS.
Ketrampilan muslimat sebagai rujukan masyarakat.
Bagi memberikan pelbagai perkhidmatan alternatif kepada masyarakat, sudah tentulah Muslimat harus menyediakan jentera kebajikan yang ramai dan berkebolehan serta mempunyai ketrampilan bagi membolehkan muslimat menjuarai kerja-kerja kebajikan dan pembelaan. Oleh itu Dewan Muslimat PAS menyeru kepada semua ahli muslimat agar menyediakan diri dengan pelbagai kebolehan dan kemahiran agar kita boleh memberi sumbangan melalui pusat khidmat ini. Dalam masa yang sama, Dewan Muslimat juga menyeru seluruh muslimat yang bekerjaya yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang untuk turun padang bersama seluruh jentera muslimat bagi menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
‘PAS FOR ALL’ mempertegaskan PAS sebagai wadah pilihan ummah Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,
Alhamdulillah, agenda ?PAS FOR ALL? telah banyak menarik minat pelbagai golongan untuk mendekati PAS. Walaupun selama ini PAS sememangnya sentiasa bersikap terbuka, namun dengan penekanan ini, PAS telah mampu dilihat sebagai wadah pilihan untuk pelbagai golongan dan kaum bagi memperjuangkan hak masing-masing.
Sifat keterbukaan, kerendahan hati dan keikhlasan pemimpin dan ahli-ahli PAS telah mampu meningkatkan kepercayaan pelbagai golongan untuk menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan pilihan mereka.
Dewan Muslimat PAS bersama dengan seluruh jentera PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat berusaha untuk memberikan komitmen yang tinggi dalam menunaikan hasrat ahli-ahli Kelab Penyokong PAS khususnya dan seluruh rakyat yang memerlukan bantuan.
MANSUHKAN AKTA RIMBA ISA
Dewan Muslimat mengulangi ketegasan bahawa akta rimba ISA ini mesti dimansuhkan segera. Kami amat bersimpati di atas penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh isteri-isteri dan keluarga mangsa ISA. Mereka yang tidak berdosa ini tersepit dan dizalimi oleh tindakan zalim kerajaan yang memenjarakan suami-suami mereka tanpa bicara dan tanpa peluang membela diri di mahkamah terbuka.
Sesungguhnya tiada penjara tanpa bicara dalam Islam. Keadilan Islam memberikan hak kepada yang dituduh untuk membela diri. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu-bapa dan kaum kerabatmu, jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu akan kemaslahatannya, maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran, dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan"–
an-Nisa': ayat 135
MEMPERTAHANKAN KEMENANGAN DI MANEK URAI
Kita melihat senario yang amat ganjil sekarang dimana BN yang diterajui oleh UMNO begitu ?phobia? dalam menghadapi pilihanraya kecil di Malaysia. Terutamanya di kawasan dimana kedudukan Pakatan Rakyat adalah kuat dan dapat menyaingi BN.
Berbagai helah akan dicari dengan memperalatkan SPR dan menggunakan mahkamah untuk mengelak berlakunya pilihanraya kecil. Sehingga kini dengan izin Allah s.w.t. BN telah kalah berturut-turut di Permatang Pauh, Kuala Trengganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang dengan majoriti yang besar. Sesungguhnya mereka merancang dan Allah s.w.t juga merancang. Akhirnya BN menarik diri dari bertanding di Penanti.
Setelah dengan rakus merampas kerajaan Perak, kini BN terdesak dan mencari helah supaya tidak berlaku pilihanraya kecil di seluruh negeri Perak. Kita tetap mengulangi desakan rakyat agar mereka diberikan hak memilih kerajaan Perak yang mereka inginkan. Tiada pilihan lain bagi penyelesaian kemelut di Perak hanyalah sebaik-baiknya mengada pilhanraya bagi rakyat memilih kerajaan yang mereka yakin dan sokong sepenuhnya.
Kini kita diuji pula dengan kekosongan di DUN Manek Urai, Kelantan. Walaupun dikatakan bahawa Manek Urai adalah kubu kuat PAS, tetapi kita mestilah bersiap siaga bagi mempertahankannya.
Muslimat akan mempertingkat usaha-usaha ke arah mencapai kejayaan yang cemerlang di Manek Urai. Tidak lupa juga doa dan munajat yang berterusan dipohonkan terhadap Allah s.w.t agar kemenangan berpihak kepada kita.
PENUTUP
Marilah kita meneguhkan parti kita dengan ciri-ciri Islamiyah ke arah penghayatan Islam yang syumul dalam mentadbir dan mempertahankan negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Usaha-usaha mengekal keyakinan serta melipat gandakan sokongan rakyat bukan Islam yang kita dapat selama ini, mestilah dipergiatkan. Seharusnya Kelab Penyokong PAS diberikan peranan yang lebih besar bagi meraih dan mengekalkan sokongan mereka terhadap parti kita. Marilah kita memohon kepada Allah s.w.t agar melempahkan rahmat dan keampunanNya kepada kita dan saudara-saudara kita yang telah mendahului kita menemuiNya.
Akhir sekali, marilah kita dengan segala rendah hati memohon agar Allah s.w.t memberkati Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke 49 ini, supaya berjaya menjana rumusan dan tindakan susulan yang matang.
Saya mengajak Muslimat sekalian bersama-sama melaksanakan aspirasi MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT KALI KE-49 ini dengan tema:
“MENYEMARAK KEMENANGAN, MENYATU RAKYAT"
Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah. Wasalamu'alaykum wa rahmatullahi wa barakaatuh. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar! Oleh Ustazah Nuridah Salleh Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat 2007-2011DMP KEDAHhttp://www.blogger.com/profile/08033807494139028553noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5672911127344247440.post-87515618026596132532009-05-14T22:13:00.000-07:002009-05-14T22:17:06.209-07:00AMANAT TOK GURU 13 MEIMATAN SIDANG AKHBAR DEKLARASI PERPADUAN NASIONAL DAN KEAMANAN SEJAGAT 13 MEI 2009

Tarikh:13 Mei 2009
Tempat:Bilik Gerakan Negeri,Kota Darul Naim
Masa: Jam 11.30 pagi

BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIIM

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan keturunan, supaya kamu saling berkenalan (dan beramah mesra diantara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat: Ayat 13).

Dengan perkembangan-perkembangan laporan semasa di pelbagai segmen kehidupan baik luar negara mahupun dalam negeri, yang sejak akhir-akhir ini lebih banyak menimbulkan kerisauan, berbanding dengan berita, khabar dan harapan yang lega untuk kita semua, saya seolah-olah dapat merasakan betapa rakyat kita sudah semakin berada dalam rasa resah, ketidak tentuan dan serba salah. Mereka bukan tidak ada sebuah kerajaan atau tidak ada pemimpin tetapi apalah daya mereka apabila mereka tidak lagi terasa yang kehidupan mereka dilindungi. Apa yang ada di carta semak “harapan sebuah kebahagiaan” yang dijanjikan untuk diri, keluarga, agama dan negara mereka; hampir semuanya kabur dan sedang berada dalam suasana yang cukup berkecamuk.

Walaupun di sana terdapat banyak masjid yang indah-indah, teks khutbah, janji, piagam, lagu patriotik dan ikrar yang dilaung dan digantung di mana-mana tetapi ia sekadar deklarasi-deklarasi kosong yang tiada roh. Ini kerana ia kehilangan kejujuran. Ia ketiadaan berkat kerana ia tidak diseru atas hasrat ikhlas untuk benar-benar memelihara adab dan agama, demokrasi dan keamanan serta perpaduan dan kesejahteraan. Dalam banyak kes dan contoh, apa yang rakyat lihat cumalah drama dan silap mata untuk songlap kepentingan awam menjadi milik kroni bagi pihak proksi dan rakan kongsi untuk tujuan-tujuan persendirian.

Diatas nama mahukan politik yang stabil demi memperkukuhkan ekonomi negara, pengukuhan kerajaan telah dilakukan melalui projek-projek pembangunan. Dari situlah bermulanya ketirisan, pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Mereka yang memegang amanah, telah mengkhianati amanah. Contoh tipikal ialah apa yang telah dan sedang berlaku di Perak sekarang. Maka, jadilah banyak slogan yang baik-baik itu menjadi motto kosong yang tidak memberi apa-apa kesan dan harapan pemulihan. Selaras dengan ini, jika tarikh 13 Mei sebelum ini sering dirujuk kepada tragedi buruk yang menghitamkan sejarah perpaduan kaum di negara kita maka saya kira tanggal 13 Mei untuk masa-masa ke hadapan boleh kita jadikan sebagai tanggal yang boleh mencetus momentum baru.

Hari ini, 13 Mei 2009 Masehi bersamaan 18 Jamadil Awal 1430 Hijrah, izinkan saya mengajak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia supaya kembali mencintai diri sendiri terlebih dahulu. Untuk mencintai diri demi untuk selamat di Yaumul Qiamah seperti yang sering orang Islam ulangi di setiap kali solat kita pertama-tamanya perlu sihat dan selamat terlebih dahulu. Dari itu, kita perlu pula sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa tenang, tenteram dan gembira. Untuk bahagia, tenang dan gembira, tentu kita wajib hidup dalam sebuah disiplin hidup beragama. Kembalilah kepada ajaran agama dan bertaqwalah kepada Allah S.W.T; itu premis kebahagiaan yang pertama.Kedua, kita perlukan sebuah kerajaan yang betul-betul berjiwa rakyat. Oleh kerana kita telah memilih sistem demokrasi berparlimen sebagai aliran pemerintahan dan premis hidup bernegara, maka kita perlu diberikan hak-hak sivil, kebebasan bersuara, berhimpun secara aman, menghormati prinsip pengasingan kuasa dan “rule of law and natural justice” serta segala amalan hak asasi manusia seperti yang dijamin oleh Perlembagaan. Ini bertindak sebagai asas dan pra syarat utama bagi seluruh rakyat Malaysia. Rakyat perlu diberi atau dikembalikan semula hak-hak tersebut jika ia telah dirampas dari tangan mereka selama ini. Ketiga, setiap rakyat dari pelbagai bangsa, agama, etnik dan keturunan perlu mendapat perlindungan keselamatan dari segala gangguan jenayah ragut, rogol, rampas, bunuh, bom dan bakar yang semakin menjadi-jadi. Selagi rakyat tidak merasa selamat dan terasa dilindungi ketika menjalani dan melaksanakan kehidupan beragama dan aktiviti mencari rezeki seharian; terasa dipelihara keselamatan mereka dari segi nyawa, maruah, air muka, tubuh badan dan harta benda dari difitnah dan dimusnah; maka selama itulah kerajaan yang bertanggungjawab tidak boleh terasa selamat.

Ini soal hak yang sangat asas. Ia menjadi hak asasi milik setiap rakyat yang wajib dipelihara, sentiasa diberi dan selamanya dihormati. Mari kita jadikan tanggal 13 Mei 2009 sebagai titik tolak perubahan ke arah memperkukuhkan suasana hidup beragama, mempereratkan persaudaraan dan muhibah serta menolak mana-mana pihak yang merosakkan perpaduan kaum dengan mencetuskan isu-isu perkauman yang bukan-bukan untuk mengaut mileage politik bagi melanjutkan hayat perjuangan mereka berasaskan semangat kebangsaan. Kepada semua orang Islam tanpa mengira bangsa, izinkan saya berseru supaya hayatilah mesej dan roh lafaz salam “assala mu’alaikum warahmatullah” dengan sepenuhnya. Di sana ada makna persaudaraan yang sangat dalam. Bagi seluruh rakyat Malaysia pada amnya, mari kita kukuhkan ukhuwwah dalam semangat Pakatan Rakyat berbilang kaum untuk memulihkan demokrasi di Malaysia dengan menolak segala bentuk amalan kezaliman, rasuah dan ketidak adilan.

Terima kasih dan Wassalam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
MerangkapMursyidul Am PAS

Bertarikh: 18 Jamaidil Awal 1430, 13 Mei 2009.DMP KEDAHhttp://www.blogger.com/profile/08033807494139028553noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5672911127344247440.post-66953979353198960932009-05-13T17:24:00.000-07:002009-05-13T17:30:50.457-07:00MENTERI BESAR HARAM DIBENARKAN JALANKAN TUGAS MENTERI BESAR HALALOleh : Peguam Hanipa Maydin

Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu.
Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-
a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :
(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;
(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;
(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan
(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ( yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.
b. Perintah “quo warranto” dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.
d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau ( seperti Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Nizar ( bukannya Zambry ) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.
Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.
Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Nizar ). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.
Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ( stay of execution of judgment ) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.
Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.
Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan ).Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato’ Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.
Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup.
Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.
Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi . Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Nazri adalah Menteri besar yang haram.
Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.DMP KEDAHhttp://www.blogger.com/profile/08033807494139028553noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5672911127344247440.post-36912630547185265622009-03-28T17:59:00.000-07:002009-03-28T18:02:57.167-07:00Krisis Perak: Dari pening menjadi migrainJumaat, 27 Mac 2009 04:53

Dalam artikel yang lalu (rujuk kolum 'Terbaik Dari Harakah'), saya telah mengulas bagaimana Umno begitu pening dimainkan oleh speaker Perak, V. Sivakumar. Meskipun pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengganggu tugas V. Sivakumar namun sehingga kini Umno masih belum berjaya. Satu persatu rancangan Umno digagalkan oleh V. Sivakumar.

Kalau Umno masih belum hilang pening dimainkan oleh Sivakumar kini pening Umno bertukar kepada migrain. Kenapa? Kerana hasrat Umno untuk mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bagi pihaknya bukan sahaja ditolak oleh Mahkamah, tetapi kelima-lima Hakim sebulat suara menyatakan bahawa tindakan Umno merujuk kes Nizar lwn Zambry terus ke Mahkamah Persekutuan adalah melanggar undang-undang.

Untuk manfaat para pembaca saya akan cuba menerangkan serba ringkas apa yang berlaku di atas kes Mahkamah antara Nizar dan Zambry.

Seperti mana kita tahu Nizar telah memfailkan Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan antara lain perintah deklarasi bahawa beliau ialah dan pada setiap masa material dan masih Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

Usul tidak percaya

Perintah tersebut dipohon kerana berdasarkan tafsiran Fasal XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak adalah jelas bahawa dalam keadaan di mana Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak dan tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak dan juga tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterima pakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Menteri Besar Negeri Perak dan akhirnya tidak tidak terdapat juga perletakan jawatan Menteri Besar Perak, maka Nizar adalah masih Menteri Besar Perak yang sah.

Di dalam undang-undang mana-mana permohonan semakan kehakiman ianya memerlukan kebenaran Mahkamah. Semasa peringkat untuk mendapatkan kebenaran, pihak pemohon hendaklah menyerahkan permohonannya kepada Peguam Negara sahaja. Dalam konteks kes Nizar, beliau hanya perlu menyerahkan permohonannya kepada Peguam Negara. Nizar tidak perlu serahkan permohonannya kepada Zambry (sebagai responden) kerana secara teknikalnya Zambry masih belum dikira sebagai pihak. Oleh itu Zambri atau peguamnya tidak perlu hadir.
Pendengaran permohonan semakan kehakiman adalah antara Nizar dan Peguam Negara sahaja. Hanya setelah kebenaran diberikan mahkamah barulah Nizar kena serahkan permohonannya kepada Zambry dan barulah ketika itu Zambry boleh dikatakan sebagai pihak.

Apa yang berlaku semasa pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman, pihak hakim telah bersetuju dengan pihak Peguam Negara bahawa kes Nizar sepatutnya dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan. Bagi para peguam tindakan Peguam Negara dibaca sebagai satu tindakan 'short cut' untuk menyelesaikan kes ini dengan segera.

Peguam Nizar tidak bersetuju kes dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan kerana undang-undang tidak membenarkan Mahkamah Tinggi melakukan perkara tersebut.
Berdasarkan Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak pihak Mahkamah tidak boleh merujuk perkara tersebut ke Mahkamah Persekutuan. Malangnya Hakim Mahkamah Tinggi bersetuju dengan hujah Peguam Negara bahawa kes tersebut boleh dirujuk ke Mahkamah Persekutuan di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman.

Peguam Negara tidak betul

Peguam Nizar berhujah bahawa hujah Peguam Negara adalah tidak betul kerana Seksyen 84 menyentuh tentang kes di mana Mahkamah Tinggi boleh merujuk isu penafsiran Perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan. Namun Perlembagaan di bawah Seksyen 84 merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan bukan Perlembagaan Negeri.

Hujah peguam Nizar kuat dan jelas tapi Hakim tidak ikut hujah yang kuat dan jelas sebaliknya setuju dengan hujah Peguam Negara yang kabur dan lemah.

Peguam Nizar yang tidak bersetuju dengan keputusan Hakim tersebut telah merayu ke Mahkamah Rayuan. Malangnya Mahkamah Rayuan tidak mahu ikut hujah kuat dan jelas peguam Nizar tetapi lebih selesa mengikut hujah Peguam Negara yang lemah dan kabur tersebut. Maka pada hari Jumaat lalu Mahkamah Rayuan menolak rayuan Nizar.

Sementara itu rujukan ke Mahkamah Persekutuan ditetapkan pada hari isnin. Peguam Nizar membuat bantahan awal. Pada hari Isnin itu para peguam Nizar telah pergi ke Mahkamah Persekutuan dengan perasaan berdebar-debar. Jika Mahkamah Persekutuan tidak menerima hujah kami, maka kami melihat perjuangan Nizar di mahkamah mungkin berakhir di situ pada hari itu.

Kami juga dapat rasakan betapa pasukan peguam Umno dan Peguam Negara sendiri bersungguh mahu kes Nizar lwn Zambry diputuskan hari itu. Sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan memihak kepada mereka maka Nizar tidak boleh lagi merayu ke Mahkamah yang lain kerana Mahkamah Persekutuan adalah Mahkamah tertinggi di negara ini.
Zambry sendiri buat pertama kali hadir di Mahkamah. Mungkin beliau amat yakin akan disahkan sebagai Menteri Besar Perak oleh Mahkamah pada hari itu.

Peguam Nizar yang diketuai oleh Haji Sulaiman dengan tenang dan bergaya berhujah. Hujahnya amat jelas dan terang. Peguam Negara dan peguam Umno kelihatan sukar dan berbelit-belit ingin menjawab hujah peguam Nizar.

Setelah mendengar hujah, mahkamah berhenti rehat lebih kurang setengah jam. Kira-kira jam 2 petang kelima-lima hakim keluar ke galeri Mahkamah dan memutuskan antara lain berikut:
"Meskipun kami ingin sangat nak memutuskan kes ini dengan segera, namun kami terikat dengan undang-undang. Kami mendapati tindakan Mahkamah Tinggi merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan adalah tidak betul dan melanggar undang-undang. Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman tidak boleh digunakan kerana kes ini melibatkan penafsiran Perlembagaan Negeri Perak bukannya Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu kes ini kami perintahkan untuk kembali ke Mahkamah Tinggi."

Peguam Umno nampak terkejut. Zambry dah keluar lebih awal. Harapan Umno mahukan kes ini disegerakan tidak kesampaian. Sehingga 15 Mei ini jika Dun Perak tidak dapat bersidang, ia akan terbubar secara automatik.

Itulah sebabnya saya kata Umno kini telah bertukar dari pening kepada migrain. Untuk Umno saya ingin nyatakan ada ubatnya. Bubarkan saja Dun. Insya Allah baik pening dan migrain kamu!

Mohamed Hanipa MaidinDMP KEDAHhttp://www.blogger.com/profile/08033807494139028553noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5672911127344247440.post-2540467608224435322009-03-11T04:48:00.000-07:002009-03-11T05:12:33.336-07:00Memorandum GMP kepada Yang di-Pertuan AgongGerakan Mansuh PPSMI
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik sekalian mohon diampun.Adapun Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada 31 hari bulan Januari 2009. Alhamdulillah sejak itu sambutannya di seluruh negara sangat memberangsangkan.

MENGAPA KAMI SEKALIAN MEMBANTAH PPSMI

Patik sekalian membantah PPSMI dan meminta kerajaan memansuhkannya atas beberapa sebab utama seperti yang kami jelaskan berikut:

Dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu (iaitu Bahasa Kebangsaan Malaysia) di sekolah kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak Kemerdekaan berdasarkan Ordinan Pelajaran 1957, kemudian Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya Akta Pendidikan 1996, telah mencapai kejayaan yang luar biasa dan tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius.Banyak pelajar kita, beratus ribu banyaknya, malah lebih 3 juta (dari tahun 1957 hingga tahun 2003) telah berjaya mempelajari ilmu sains dan matematik dalam bahasa mereka sendiri dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.Semua orang tahu akan kejayaan dasar yang asal itu dan banyak bukti tentang kejayaan itu dapat kami tunjukkan tetapi kami tidaklah berhasrat untuk membebankan pembaca dengan datanya yang agak banyak dan panjang.

Tidakkah orang yang membuat keputusan yang tidak munasabah itu sedar bahawa hasil daripada dasar pelajaran kebangsaan yang menetapkan bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan Malaysia) sebagai bahasa pengantar utama, ratusan ribu pelajar kita (seperti yang tersebut di atas) pandai sains dan matematik dalam bahasa sendiri, dan ribuan daripada mereka berjaya menjadi profesor yang mengajar sains dan matematik di peringkat pengajian tinggi dalam bahasa sendiri, menjadi ahli sains, jurutera, pakar-pakar perubatan, pandai berbincang, mengarang buku sains, menerbitkan hasil-hasil kajian saintifik dalam bahasa sendiri, iaitu bahasa Melayu, di samping bahasa Inggeris (kalau perlu)?Tidakkah mereka tahu bahawa sebelum tahun 2003 jumlah tesis Sarjana Sains (M. Sc.) dalam bidang sains dan matematik yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih 2,000 (dua ribu buah) manakala tesis Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang tersebut yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih kurang 400 buah?

Maka kami berasa amat hairan dan terperanjat mengapa dasar yang sudah baik dan berjaya itu, dasar yang tidak menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius itu, tiba-tiba dimusnahkan dan digantikan dengan PPSMI?

Keputusan PPSMI yang dibuat dalam tahun 2003 itu dibuat dengan mengejut tanpa apa-apa perbincangan, tanpa apa-apa perundingan dengan pakar-pakar pendidikan dan bahasa, tanpa memikirkan baik buruknya terhadap bahasa Melayu dan terhadap pelajar dan guru yang telah cukup biasa mengajar dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (atau dalam bahasa ibunda di Sekolah Jenis-Kebangsaan Cina dan Tamil) selama lebih 37 tahun!Tiba-tiba anak-anak kita yang tidak mengetahui bahasa Inggeris sepatah pun, kebanyakannya dari kawasan luar bandar, dipaksa belajar sains dan matematik dalam bahasa yang mereka tidak tahu itu. Beberapa orang ahli bahasa di Barat menganggap bahawa ini adalah contoh dasar English linguistic imperialism atau dasar penjajahan bahasa Inggeris yang berlaku di beberapa banyak negara bekas jajahan British, menyebabkan kebanyakan bangsa peribumi atau negara itu tidak maju sains dan teknologi.

Antara sebab yang dikemukakan oleh pihak yang cuba mempertahankan PPSMI ialah: Kalau orang Melayu atau pelajar Melayu mahu pandai dan maju dalam bidang sains dan matematik mereka hendaklah mempelajarinya dalam bahasa Inggeris, tidak dalam bahasa sendiri, yakni bahasa Melayu. Mengapakah setelah lebih 37 tahun pendapat yang salah dan karut ini digunakan untuk mengubah dasar asal dan menggantikannya dengan dasar PPSMI? Tidak ada bukti ilmu dan empiris yang kukuh untuk mempertahankan alasan itu.Hampir semua bangsa dan negara yang maju sains dan teknologi mengajar sains di sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi dalam bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda mereka masing-masing. Sekadar menyebut beberapa contoh, Negara China, Jepun, Korea, Vietnam, Thailand, Indonesia, semua negara Eropah (termasuk Britain), Rusia dan negara-negara Skandinavia tidak mengajar sains dan teknologi dalam bahasa asing.

Kebanyakan negara Afrika yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi dan bahasa pendidikan, baik di peringkat menengah dan peringkat tinggi, mahupun di peringkat sekolah rendah, tidak maju sains dan teknologi. Negara Brunei Darussalam tidak menggunakan bahasa Melayu untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di universiti dan kita tahu negara itu tidak maju sains dan teknologi, yakni negara itu tidak sama taraf kemajuan sains dan teknologinya dengan negara seperti Jepun, Korea dan negara China atau Taiwan.Korea Utara adalah negara kuasa nuklear. Negara itu tidak mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Begitu juga, di Filipina, negara berbahasa Inggeris yang terbesar di Asia atau Asean, tidak menggunakan bahasa Filipina untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di peringkat pengajian tinggi, dan kita tahun negara itu tidak merupakan negara maju sains dan teknologi.Kebanyakan eksport Filipina, menurut seorang ahli ekonomi Filipina, ialah pembantu rumah dan pekerja biasa; kelebihan mereka ialah, mereka boleh bertutur dalam bahasa Inggeris di peringkat rendah.

Beberapa banyak kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar pendidikan dan bahasa di seluruh dunia membuat kesimpulan bahawa manusia, mulai peringkat kanak-kanak, lebih mampu berfikir secara kreatif dan dapat memahami konsep-konsep ilmu dengan lebih mudah dan cepat dalam bahasanya sendiri.Hal ini dapat kita lihat berdasarkan hakikat bahawa semua karya besar di dunia, baik dalam bidang sains mahupun sastera, dihasilkan dalam bahasa ibunda atau bahasa asal atau bahasa kebangsaan pengarang itu.Kebanyakan pemenang Hadiah Nobel tidak datangnya dari golongan berbahasa Inggeris. Yang terbaharu, Hadiah Nobel Fizik tahun 2008 ialah 3 orang ahli sains Jepun yang menghasilkan kajian dan karya mereka dalam bahasa Jepun.Kajian di Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa buah negara di Eropah dan Afrika dan Hong Kong menunjukkan bahawa pelajar sains dan matematik dalam bahasa bukan ibunda merosot prestasi mereka dan tidak pula meningkatkan penguasaan atau kemahiran bahasa asing mereka. Pertandingan antarabangsa sains dan matematik yang diadakan tiap-tiap tahun untuk pelajar sekolah dimenangi oleh pelajar yang belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda masing, tidak dalam bahasa asing.

Setelah enam tahun berjalan, PPSMI masih tidak berkesan dan banyak menimbulkan masalah yang kebanyakannya tidak didedahkan kepada umum. Pengumuman Keputusan UPSR Tahun 2008 menunjukkan hanya 31.1% (159,234) murid sahaja daripada 511,875 murid Tahun 6 yang menjawab Kertas Sains dalam bahasa Inggeris. Ini bererti sebanyak 68.9% (352,641) murid tidak menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bukti kegagalan mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, walaupun dipaksakan kepada pelajar itu.

Dalam mata pelajaran matematik pula, 46.6% (238,153) murid daripada 511,499 jumlah murid yang menduduki peperiksaan Matematik UPSR menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bererti 53.4% atau seramai 273,346 murid menjawab dalam BM atau BM/BI. Ini juga bukti kegagalan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris kepada pelajar berbahasa Melayu.

Kedua-dua angka yang tersebut pada para 8 dan 9 di atas menunjukkan peratus pelajar atau seramai 352, 641 pelajar tidak faham bahasa Inggeris untuk menjawab soalan dalam bahasa ini, dan seramai 273, 346 murid tidak memahami matematik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris. [Catatan: ini tidak bererti bahawa pelajar itu tidak mempunyai "otak" atau minat untuk belajar atau memahami sains atau matematik; puncanya ialah, mereka tidak memahami soalan yang dibuat dalam bahasa Inggeris, samalah seperti kita cuba mengajar sains dan matematik kepada pelajar Inggeris di England dalam bahasa Melayu atau bahasa Jepun dan bahasa-bahasa lain yang mereka tidak faham satu patah pun]. HASIL KAJIAN

Hasil kajian sebenar dan bebas yang dilakukan oleh pasukan penyelidik seramai 50 orang pensyarah dari 7 buah Universiti (UPM, UiTM, UPSI, USM, UUM, UMS dan UTM) dengan selain Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) di 70 buah sekolah menengah (pelajar Tingkatan 4) dan 90 buah Sekolah rendah di seluruh negara (murid darjah 5) membuat kesimpulan bahawa PPSMI telah gagal memberikan manfaat kepada pelajar, khususnya pelajar-pelajar Melayu di sekolah kebangsaan luar bandar.Di beberapa buah negeri, misalnya Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak, peratusan pelajar yang gagal (markah D & E) melebihi 50%. Prestasi SPM 2007 jelas menunjukkan bahawa bilangan pelajar Melayu yang cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MPRSM) juga menunjukkan kemerosotan yang merudum, terutama dalam mata pelajaran Kimia dan Matematik.

Dua kajian lain telah dilakukan, iaitu (a) kajian yang dibuat oleh Profesor Emeritus Dato' Isahak Haron dari UPSI Januari 2008), terhadap 1703 murid tahun 5 di 28 buah Sekolah rendah dan terhadap 1692 guru, dan (b) kajian yang dibuat oleh Profesor Datin Dr. Juriah Long (dari UKM) ke atas pelajar Tingkatan 2 di 242 buah Sekolah Menengah di seluruh negara yang meliputi 7,236 pelajar (2004) dan 707 guru matematik dan 701 guru Sains. Hasil dapatan kedua-dua kajian ini hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh PEMBINA.
APAKAH UKURAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGABSAHKAN PPSMI?

Perkara yang sangat merunsingkan kami ialah, dalam percubaannya untuk mempertahankan PPSMI dan membuktikan bahawa dasar PPSMI itu 'sudah berjaya' atau 'akan berjaya', para pegawai di Kementerian Pelajaran cuba menurunkan markah lulus mata pelajaran sains dan matematik sehinggakan murid yang mendapat markah 30% dianggap sudah boleh lulus (yakni mendapat markah B dan C).Kalau cara yang 'mengelat' ini digunakan untuk mengatakan bahawa jumlah pelajar yang lulus dalam sains dan matematik dalam bahasa Inggeris semakin meningkat alamatlah mutu pelajaran pelajar kita dalam bidang ini akan menurun, tidak tinggi. Sebelum tahun 2003 semasa sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu mutu pelajaran dalam mata pelajaran ini tidak direndahkan atau dengan kata lain, markah lulusnya tidak diturunkan.GMP TIDAK FANATIK BM DAN TIDAK ANTI BAHASA INGGERIS

Kami tidak didorong oleh apa-apa emosi atau fikiran yang tidak rasional atau oleh perasaan anti-bahasa Inggeris. GMP juga bukan 'gila bahasa Melayu'. Kami cuma mahu mempertahankan dasar yang betul dan baik dan menolak dasar yang salah. Dasar yang salah, yang boleh memudaratkan bangsa kita, harus ditolak. Dasar yang baik harus disokong.Pendapat yang mengatakan bahawa bangsa yang tidak menuntut ilmu sains dalam bahasa Inggeris, bangsa itu tidak akan maju dalam bidang sains adalah pendapat yang sama sekali tidak benar. Kita tidak perlu membuang masa membuat kajian yang panjang lebar untuk membuktikan bahawa pandangan itu sama sekali salah.

Hal yang sangat menghairankan kami dan orang yang berilmu di mana-mana sahaja ialah, 'pendapat' atau 'teori' yang mengatakan bahawa pelajar kita boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kalau pendapat ini benar, tidak perlulah pelajar kita belajar bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran tersendiri. Tidak pernah kita mendengar orang belajar bahasa asing melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa itu.Bahasa Inggeris seharusnya diajarkan melalui pelajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang tersendiri (mengajar nahu, membaca sastera dalam bahasa Inggeris, dan sebagainya), tidak melalui pelajaran sains dan matematik. Kajian yang disebut para perenggan 7 di atas mengesahkan perkara ini.

GMP telah menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan serius untuk membaiki pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau bahasa asing (foreign language) di sekolah kebangsaan untuk memastikan pelajar kita dapat menguasai bahasa ini dengan baik setelah mempelajarinya selama sebelas tahun dari Darjah I hingga Tingkatan V.Selama ini kebanyakan pelajar kita, terutama di Sekolah Kebangsaan di luar bandar, tidak fasih berbahasa Inggeris walaupun bahasa ini telah diajarkan kepada mereka selama 11 tahun. Masalah inilah yang sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan, bukan mengubah dasar yang sudah baik dan berjaya, lalu menimbulkan masalah yang tidak patut timbul.

Terakhir, bangsa Melayu hendaklah sedar bahawa bahasa Melayu adalah salah satu bahasa yang terbesar di dunia, diketahui oleh lebih 280 juta manusia di seluruh dunia, khususnya di kawasan induknya, iaitu kawasan Melayu-Indonesia.

Akhir kalam, patik sekalian, dengan penuh takzim, dengan harapan yang tinggi, memohon kepada Ke Bawah Duli Tuanku, Raja Yang Berdaulat dan Ketua Perlembagaan Negara Malaysia, sudi apalah kiranya Duli Tuanku berkenan menerima Warkah Memorandum ini.Atas limpah berkenan Ke Bawah Duli Tuanku menerima perutusan patik sekalian menghadap Tuanku untuk mempersembahkan Memorandum ini ke bawah Duli Tuanku, patik sekalian menjunjung kasih yang tidak terhingga, dan berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Duli Tuanku Dilimpahi rahmat dan hidayah sebagai Ketua kepada Perlembagaan Negara Malaysia.
Sekianlah patik sekalian persembahkan. Wa billahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

-Patik sekalian yang berdatang sembah.-
DMP KEDAHhttp://www.blogger.com/profile/08033807494139028553noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5672911127344247440.post-38767738077658051032009-03-10T18:54:00.000-07:002009-03-10T18:55:06.511-07:00KISAH BENAR NIZAR DAN PADUKA SERI SULTAN PERAK(ini adalah catatan peribadi dato seri ir haji mohamad nizar jamaludin sendiri)
Oleh: Datuk Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin
Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.
Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d”etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.
Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.
Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.
Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato’ Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.
Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.
Dilaporkan oleh isteri YB Dato’ Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato’ Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, “Insya Allah, tidak”.
Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.
Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.
Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, “Innallaha maa Sobirin” (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.
Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).
Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-
1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN
2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN
3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)
4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.
Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya, saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-
i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.
ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.
iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.
iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.
v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT
vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.
vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.
viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.
ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.
x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance” (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato’ Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, “under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal”.
Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.
xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.
xii. Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.
Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, “Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan”.
Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, “Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka”.
DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).
Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.
Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.
Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan………..
NIZARDMP KEDAHhttp://www.blogger.com/profile/08033807494139028553noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5672911127344247440.post-32227123679795530232008-12-12T09:25:00.000-08:002008-12-12T09:30:40.969-08:00Maksud Do'a Surah Yaasin
"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala Puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang mentadbirkan seluruh alam, puji-pujian yang menyamai segala nikmatNya dan sebanding dengan segala tambahanNya. Ya Allah, bagiMu segala puji sebagaimana yang selayaknya dengan kebesaran zatMu dan dengan kebesaran kekuasaanMU. Wahai Allah, kurniakan kesejahteraan dan keselamatan ke atas keluarga Penghulu kami Nabi Muhammad sallallahu’álaiwassalam dan ke atas keluarga serta sahabat-sahabat baginda sekelian.

Wahai Allah, dengan hak kebenaran Yasiin dan demi Al Quran yang penuh segala hikmah dan demi zat yang telah memiliki membawa risalah kenabian, pemerintahan dan petunjuk kepada jalan Mu yang lurus, dari MU melalui malaikat Jibril yang diturunkan olehMU wahai Yang maha Mulia lagi maha penyayang, dan demi setiap huruf (Al Quran) serta nama-namaMu yang Nyata, wahai zat yang tersembunyi kelembutanMU, yang menghilangkan segala dukacita, yang menghapuskan segala kesusahan bagi semua yang berhutang; wahai zat yang telah menjadikan khazanahnya di antara huruf kaf dan nun, dan yang mengetahui sesuatu yang telah ada dari sebelum adanya.

Aku memohon padaMU Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon kedudukan yang baik yang Engkau redhai dan sesungguhnya jadikanlah kami dalam kumpulan yang berbahagia serta mencukupi, dan Engkau permudahkanlah bagi kami semua kehendak kami, ketentuan kami dan kurniakanlah kebaikan bagi kami, kami memohon perlindungan zatMU yang Maha Agung lagi Maha Pengurnia, dan kurniakanlah kepada kami kejayaan yang segera.

Perkenankanlah Ya Allah doa kami dan terimalah olehMU kembalinya kami kelak, masuk dibawah pemeliharaan Engkau dengan rahsia firmanMu bahawa Sesungguhnya apabila Engkau menghendaki sesuatu hanya dengan berkata “kun”, maka jadilah ia. Maha suci Engkau yang dengan kekuasaanMU menguasai segala sesuatu dan kepadaMu semuanya kembali.

Maha suci zat yang menghilangkan segala kehinaan, mahasuci zat yang menghilangkan segala kedukaan, maha suci zat yang memerintahkan, apabila menghendaki sesuatu hanya berkata “kun”maka jadilah ia. Wahai zat yang menghilangkan dukacita, wahai zat yang menghilangkan, hilangkanlah! Hilangkanlah daripada kami segala kesusahan dan dukacita kami. Wahai zat yang hidup! wahai zat yang berdiri dengan sendiri! wahai zat yang Maha Agung lagi Maha Mulia!

Ya ALLAH, kurniakanlah kesejahteraan dan keselamatan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad sallallahu’alaiwalasam, dan ke atas keluarga dan sahabat baginda sekelian. Segala puji-pujian tertentu bagi ALLAH, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Amin amin Ya rab bil ‘alamin."
DMP KEDAHhttp://www.blogger.com/profile/08033807494139028553noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5672911127344247440.post-51292649749243636492008-12-10T16:27:00.000-08:002008-12-10T16:29:11.146-08:0010 WASIAT AL-IMAM AS-SYAHID HASAN AL-BANNA1. Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2. Bacalah Al-Qur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3. Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7. Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8. Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita aialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.DMP KEDAHhttp://www.blogger.com/profile/08033807494139028553noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5672911127344247440.post-81025040479924693272008-12-09T07:25:00.000-08:002008-12-09T07:27:22.882-08:00PASDisalin sepenuhnya dari:
Roslan SMS Corner

Tanggal 24 November lalu genaplah 57 tahun usia Parti Islam Se Malaysia atau PAS. Ditubuhkan pada tanggal berkenaan dalam tahun 1951 di Seberang Perai, parti itu yang diluluskan pendaftarannya pada 31 Mei 1955 dengan nombor pendaftaran 733 (Penang) telah melalui transformasi yang tersendiri, dari sebuah parti kecil yang dipandang lekeh oleh penjajah British, kepada sebuah parti yang mampu menang kerusi dalam Pilihan Raya Persekutuan yang pertama dalam tahun 1955 dan kemudiannya menawan dua buah negeri dalam pilihan raya umum pertama Malaya Merdeka pada tahun 1959, dan kini sebagai sebuah parti bertaraf nasional yang diwakili di setiap pelusuk tanahair dan diiktiraf diperingkat antarabangsa.

PAS telah melalui perubahan nama dalam tempoh lebih lima dekad usianya dari Persatuan Islam Se Malaya (awal penubuhan), ke Persatuan Islam Se Tanah Melayu (30 November 1963) dan kini Parti Islam Se Malaysia (sejak 21 Jun 1977).

Dalam meniti usia yang demikian lama, PAS kini sudah berjaya bertapak dihati rakyat, dikenali dan diakui kehadirannya oleh setiap lapisan masyarakat dalam negara, Cina, Melayu, India dan lain-lain semuanya kenal dan mengetahui darihal PAS. Dengan 3 orang Menteri Besar dan ADUN disetiap negeri kecuali Melaka, Sabah dan Sarawak PAS kini muncul sebagai satu tenaga politik yang disegani, dan dengan kerjasama politiknya melalui Pakatan Rakyat, PAS dan rakan-rakan kini merupakan alternatif yang sangat berupaya bagi mencabar Barisan Nasional diperingkat Persekutuan.

Tidak ada parti dibarisan pembangkang yang dapat bertahan dan kekal sebagaimana PAS. Parti Negara, Front Sosialis, IMP, MDU, NCP dan lain-lain semuanya berkubur, tetapi PAS terus benafas dan bergerak selari dengan arus kemajuan negara.

Sumber ketahanan PAS yang memungkinkan ia terus bertahan dalam menghadapi serba kekangan, tekanan dan cabaran sudah pastilah kerana berpegang teguh pada Islam yang merupakan dasarnya sejak dari 57 tahun dahulu sehingga ke hari ini. Allahyarham Hj Mohd Amin Yaakub, bekas AJK PAS Pusat (1979-87) di dalam bukunya “Sejarah pemerintahan PAS Kelantan 1959-1990” menyebut bahawa hukum tertinggi dalam PAS adalah kitabullah dan sunnah rasul serta qiyas dan ijmak. Ini termaktub dan terus kekal dalam perlembagaan PAS sejak tarikh tertubuhnya iaitu pada Fasal 4(1) perlembagaannya dan sejak 1993 beralih ke Fasal 7(1), Cuma beralih pada nombor fasal namun semangat dan pegangannya terus kekal tanpa berubah atau diubah.

Inilah asas yang membezakan PAS dengan parti siyasah lain dalam negara dan inilah juga kekuatan yang terus kekal membawa PAS sepanjang 57 tahun usianya sehingga ke hari ini dan insyallah sampai bila-bila.

Yang berubah adalah pemimpin, apabila ada pimpinan yang mahu membawa PAS lari dari arus Islam ke arus yang lain, termasuklah kebangsaan umpamanya, yang akan tergelincir keluar bukanlah parti tetapi pemimpin itu sendiri. PAS pernah melihat Presidennya, Setiausaha Agungnya dan pimpinan lain diberbagai peringkat lari meninggalkan PAS, namun parti ini terus kekal digantikan dengan pemimpin yang baru.

Presiden atau ketika itu Yang Dipertua Agung PAS yang pertama adalah Tuan Hj Ahmad Puad Hassan (1951-54) yang kemudiannya meninggalkan PAS kerana mahu bersama Dato Onn. Kemudiannya digantikan Dr Hj Abbas Illias (1954-56). Diikuti Almarhum Dr Burhanuddin al Helmy (1956-66), Dato Asri Muda (1966-82) yang meninggalkan PAS untuk menubuhkan parti baru Hamim dan kemudiannya menyertai Umno, Tuan Hj Yusoff Rawa (1982-89), Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor (1989-2003), dan kini Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.

PAS merupakan parti Islam yang meneruskan perjuangan parti Islam yang pertama di negara ini, iaitu Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh penjajah British pada tahun 1948. PAS bukan hanya membawa dasar perjuangan parti ini malah menurut John Funston, pimpinan terkanan PAS pun ketika itu terdiri dari pimpinan Hizbul Muslimin belaka.

Demikianlah PAS jatuh bangun, menang dan kalah, bertahan menghadapi cabaran dan pancaroba sehinggakan terdapat usaha menggugurkan “Islam” yang ada pada namanya, namun PAS terus kekal dan hari ini mencecah usia 57 tahun.

Inilah PAS, Parti Islam, yang telah berjaya melahirkan pimpinan yang dikagumi rakyat, pentadbiran yang bersih dan bebas rasuah, segalanya lantaran berpegang teguh pada Islam yang diperjuangkannya. Darah dan airmata mereka yang terdahulu telah ditumpahkan ke bumi bagi melahirkan PAS yang ada yang kita warisi pada hari ini. Oleh itu berpijak pada bumi yang nyata, junjuglah dasar dan prinsip perjuangan yang sama-sama kita pertahankan ini. Ada diantara kita yang bertarung awal atas gelanggang PAS ini sudah tiada bersama kita, malah ada yang ditemani oleh burung-burung hijau di syurga menunggu kita, janganlah kita persiakan apa yang telah dibina ini.

Bahawasanya dengan sesungguhnya adalah disiytiharkan demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesame manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA’RUF WAN NAHYU ‘ANIL MUNKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan “PARTI ISLAM SE MALAYSIA”, demikianlah mukaddimah perlembagaan PAS, sama-samalah kita pertahan dan pejruangkannya.

Al-Fatihah kepada mereka yang telah mendahului kita, Al-Fatihah.
(* Sang Saka Merah Putih dengan bulatan hijau dipenjuru atas sebelah kirinya di atas adalah bendera resmi PAS, asalnya dengan kalimah ALLAH dan MUHAMMAD tetapi digugurkan atas arahan kerajaan)DMP KEDAHhttp://www.blogger.com/profile/08033807494139028553noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5672911127344247440.post-48868898305853012512008-11-26T07:23:00.000-08:002008-11-26T07:25:08.109-08:00Menutup Aurat Mengikut Syara'
Tuntutan menutup aurat adalah perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Ini bermakna Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah mewajibkan lelaki maupun wanita untuk menutup aurat mengikut cara-caranya. Jika menutup aurat merupakan suatu ketaatan kepada perintahNya maka jika memakai pakaian yang mendedahkan aurat pula merupakan suatu kederhakaan kepada perintahNya.
Secara ringkasnya aurat wanita di hadapan lelaki yang bukan mahramnya adalah sepertimana dalam sembahyang iaitu yang boleh kelihatan hanyalah muka dan kedua tapak tangan, manakala seluruh badan merupakan aurat yang wajib ditutup. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud
"Wahai Nabi-nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian adalah lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani."
Ini jelas menunjukkan bahawa pakaian wanita yang dipakai ketika keluar hendaklah labuh dan menutup seluruh tubuh badannya.
Manakala Hadith yang diriwayatkan oleh 'Aisyah Radiayallahhu anha yang bermaksud;
"Bahawa Asma' Abu Bakar telah berkunjung kepada Rasulullah Sallallahhu 'Alaihi Wassalam dengan memakai pakaian yang nipis. Lalu Rasulullah Sallallahhu 'Alaihi Wassalam berpaling daripadanya. Baginda bersabda; 'wahai Asma', sesungguhnya orang perempuan apabila sampai umur haid (baligh) tidak boleh dilihat padanya kecuali ini...dan ini...(sambil) Rasulullah Sallallahhu 'Alaihi Wassalam  menunjukkan muka dan kedua tapak tangan Baginda.'"
(Hadith Riwayat Abu Daud).

Berdasarkan 2 dalil di atas panduan menutup aurat wanita mengikut syara' ialah:

1. Pakaian yang longgar - bukan pakaian yang sempit menampakkan susuk tubuh badan.
2. Pakaian yang labuh menutup seluruh aurat - bukan pakaian yang pendek, singkat atau terbelah yang mendedahkan perut, dada, leher, tangan, kaki dan punggung.
3. Pakaian yang menutup warna kulit anggota aurat - bukan nipi atau jarang yang menampakkan warna kulit dan bayang tubuh dari luar.

Hakikatnya, menutup aurat ini banyak hikmahnya khususnya bagi wanita, antaranya;

1. Wanita itu dikenal sebagai perempuan yang baik-baik.
2. Dengan berpakaian yang demikian mereka tidak diganggu.
3. Secara tidak langsung pakaian menutup aurat dan sopan menghindari fitnah, pandangan jahat, perkara buruk seperti kes rogol.

Oleh itu menutup aurat adalah merupakan suatu nikmat yang wajib disyukuri iaitu dengan cara melaksanakan kewajipan ini dengan betul mengikut syara' dan bukan kerana fesyen.

DMP KEDAHhttp://www.blogger.com/profile/08033807494139028553noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5672911127344247440.post-2140395826568295752008-10-23T05:43:00.000-07:002008-10-23T05:49:55.807-07:00Transkrip penuh ucapan TGDSHAHA pada 15 Oktober 2008

Dikirim pada Oktober 16, 2008 oleh editor
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang]:

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, seluruh pegawai kerajaan dan para pemerhati, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk sama-sama ikut serta dalam perbahasan Belanjawan Bajet Tahun 2009, satu perkara yang penting dan menjadi perhatian di seluruh negara. Insya-Allah saya akan tumpukan kepada perkara prinsip dan konsep serta akan menyebut contoh-contoh yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan dan penekanan supaya pihak kerajaan dapat menunaikan tanggungjawab dengan tepat dan berjaya dan kita sama-sama bertanggungjawab di dalam menunaikan amanah memimpin negara.
Bukan sahaja kerajaan termasuk pembangkang kerana sebarang kesan daripada kegagalan akan menimpa semua. Faedah kejayaan akan dapat kepada semua. Kita tidak dapat menafikan bahawa ketika belanjawan dibentangkan, kita menghadapi situasi krisis ekonomi dunia yang gawat dan menjadi ancaman besar kepada negara walaupun ada pemimpin-pemimpin kerajaan membuat kenyataan seolah-olah kita tidak ada apa-apa kesan kerana ekonomi kita kukuh dan kuat.
Namun demikian, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapannya menyatakan bahawa supaya kita berjaga-jaga kerana akan menerima kesan dan tempiasnya. Ini kerana kita Malaysia berada di dalam dunia, bukan di angkasa lepas. Apa yang berlaku di dalam dunia, kita akan menerima kesan-kesannya kecuali kita sebuah negeri yang duduknya di angkasa lepas.
Negara akan menghadapi cabaran besar apabila bajet dibentangkan dalam suasana krisis ekonomi. Bermula daripada sebab krisis harga minyak dan diikuti dengan krisis kewanganKeadaan ini sudah tentu mewajibkan kerajaan supaya lebih berhati-hati sama ada dalam mengkaji semula dasar yang lemah dan polisi yang masih dibebani oleh unsur-unsur negatif yang boleh menggagalkan perancangan yang diatur dengan sebegitu rupa.
Kita tidak dapat menafikan walaupun kerajaan tidak bersedia untuk membaiki atau membentang semula bajet ini. Walau apa pun, kerajaan hendaklah bersedia dan menangani masalah-masalah yang akan berlaku. Sudah tentu kita akan membincangkan semula peruntukan-peruntukan tambahan yang akan menjadi bebanan yang besar kepada negara.
Sebenarnya apa yang berlaku ketika menghadapi kesan keruntuhan sistem liberal kapitalisme barat setelah di abad yang lalu kita menyaksikan keruntuhan komunisme yang menghancur leburkan negara besar Soviet Union. Sehingga negara-negara komunis terpaksa melakukan reformasi yang mengubah dasar dan polisi daripada ajaran komunisme yang sebenarnya walaupun selama ini mereka memaksa negara-negara lain supaya mengikut mereka.
Berlakunya peperangan dan pemberontakan yang mengorbankan berjuta-juta manusia termasuk di Negara kita ini pun kerana mahu menegakkan teori komunisme, tiba-tiba ternyata agak meleset.
Hari ini kita melihat tanda-tanda jelas dan besar, kegagalan liberal kapitalisme ditunjukkan oleh sendiri oleh Amerika yang menjadi ‘Ah Long’ kepada dunia yang rakus dan memaksa negara-negara dunia supaya mengikut cara-cara, amalan-amalan dan polisi mereka dan menyerang negara-negara yang tertentu untuk kepentingan ekonomi mereka walaupun mengorbankan ratusan ribu dan berjuta rakyat.
Pada hari ini, kita melihat ‘Ah Long’ gergasi itu sedang menunjukkan tanda-tanda untuk tersungkur. Walau apa pun, kita wajib mengambil iktibar dan pelajaran daripada peristiwa lamadan baru. Kepada umat Islam yang membaca Al-Quran, Al-Quran memaparkan sejarah kuasakuasa besar dunia yang terdahulu. Punca kejatuhannya ialah kerana kezaliman, kejahatan dan penyelewengan walau bagaimana kaya dan kuat sekalipun kuasa-kuasa besar itu. Kaum Aad, kaum Samud, kaum Luth, kaum Firaun dan kaum-kaum yang lain.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran]. “Adakah kamu tidak lihat, tidak faham, tidak mengerti apa yang telah berlaku kepada kaum Aad, kaum Samud, kaum Firaun? Begitulah kaum-kaum yang lain yang hebat tamadunnya. Bangunan-bangunan yang hebat, tinggi mencakar langit, tiang-tiang yang besar menggunakan tiang-tiang balak batu, bukan balak kayu. Semuanya musnah bila berlakunya penyelewengan kejahatan sama ada aqidah, politik, ekonomi, akhlak dan lain-lain”.
Semuanya itu sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua, termasuk kerajaan yang memerintah, kita hendaklah mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. Keruntuhan liberal kapitalisme menunjukkan kebebasan yang mencetuskan perlumbaan dan persaingan yang diuaruarkan boleh memajukan ekonomi tetapi mengikut hawa nafsu tanpa batas.
Berlakunya penindasan dan membawa keruntuhan kepada diri sendiri. Di antara aspek penting yang menjadi amalan mereka ialah riba yang menjadi dosa besar di dalam ajaran Islam. Riba ada dua aspek yang menjadi kebanggaan ekonomi barat dan itulah yang meruntuhkan ekonomi itu sebenarnya.
Allah Taala telah menyatakan, “[Membaca sepotong ayat al-Quran]”. “Sesungguhnya orang-orang yang melakukan riba itu, tidaklah mereka bangun daripada kubur mereka bila mereka dibangkitkan, mereka bangun laksana orang gila yang dirasuk oleh syaitan.” Mereka berlagak macam syaitan dalam kehidupan dunia ini, dengan kerakusan untuk mengejar kemajuan ekonomi tanpa mengira orang lain. Mereka berkata riba macam jual beli juga, padahal Allah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli.
Pernah berlaku Bank Bumiputra yang tinggal nama, barang kali generasi yang akan datang akan lupa nama Bank Bumiputera ini. Hilangnya nama Bank Bumiputera dan terpaksa bertongkat dengan bank lain digabung, dihilangkan namanya tidak lain da tidak bukan kerana pinjaman-pinjaman yang berasaskan riba yang dianggap boleh membawa keuntungan, akhirnya terlalu ramai tidak bayar.
Yang pinjam ialah pemimpin-pemimpin, orang-orang kenamaan. Inilah yang berlaku dalam ekonomi Amerika. Didedahkan sejak tahun 60-an lagi. Belanjawan Amerika mengalami defisit yang begitu parah. Pada zaman Johnson 1964 hingga 1968 ialah USD44.8 bilion; zaman Nixon1969 hingga 1974 ialah USD70 bilion; zaman Ford USD1.79 bilion; zaman Carter USD226.9 bilion; zaman Regan USD1.3 trilion; zaman Bush, USD 1.4 trilion; dan selepasnya 3.7trilion; dan trilion, trilion lagi.
Kerajaan boleh menyediakan wang dengan banyak trilion, kalau tak cukup pinjam dengan bank. Bukan sahaja kerajaan pinjam, tokoh-tokoh kerajaan pun pinjam, kroni-kroni dia pinjam, akhirnya kewangan menjadi merudum. Ini yang berlaku, yang kita perlu mengambil iktibar.Oleh kerana itu, saya mengalu-alukan pihak kerajaan yang meneruskan usaha perbankan Islam dan muamalah Islam tetapi ianya hendaklah dilakukan dengan cara yang bersungguhsungguh, menggalakkan mudarabah, qirat, Al- QardhulHasan pinjaman yang ada faedahnya tetapi bertimbang rasa antara peminjam dan yang memberi pinjam.
Keuntungan sama-sama adil, kerugian sama-sama ditanggung. Biar ada tanggungjawab dan semangat tanggungjawab ini melahirkan hasil kerja yang bertanggungjawab dan tidak melepas tangan yang boleh memajukan perjalanan kewangan dan memajukan muamalah itu sendiri. Ini hikmah daripada amalan Islam. Saya berbalik kepada belanjawan yang dikemukakan dalam merealisasikan Bajet 2009 kerajaan jangan lupa teras Rancangan Malaysia Kesembilan.
Walaupun terdapat konsep penekanan yang sama dalam bajet 2009 ini dengan 2008 pembasmian kemiskinan, peningkatan taraf hidup rakyat, kesaksamaan sosioekonomi dan modal insan.
Menunjukkan bahawa semua konsep ini masih belum berjaya yang perlu diteruskan dalam pembasmian kemiskinan jangan hanya mengemukakan peruntukan-peruntukan jangka pendek dan saya lihat seolah-olah pembentangannya adalah secara jangka pendek sahaja, tidak melihat jangka panjang. Saya minta…pepatah yang ‘mengatakan lebih baik bagi pancing daripada bagi ikan’ kalau bagi ikan lepas habis ikan dia minta ikan lagi, bagi pancing dia boleh cari ikan sendiri lepas itu.
Dalam menangani masalah kemiskinan kerajaan jangan hanya menyediakan data jumlah kemiskinan yang diminta dalam Dewan di akhir tahun. Sediakan wang dahulu lepas itu baru cari kemiskinan. Kadang-kadang sumbangan yang diberi tersasar, tidak sampai ke matlamat orang-orang miskin itu sendiri. Kerajaan mesti membuat kajian yang terperinci berapa jumlah orang miskin yang dapat dipulihkan, berapa jumlah orang miskin yang tidak ada harapan untuk dipulihkan, Orang kurang upaya, orang cacat ada harapan untuk dipulihkan berapa jumlah.
Jangan semuanya tak dapat dipulihkan, sepanjang masa boleh subsidi, seolah-olah kita mahu orang ini wujud supaya senang dapat undi dalam masa pilihan raya, ini tidak bertanggungjawab…
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: [Bangun]Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang]: Kita mesti menunaikan tanggungjawab, mesti ada angka berapa ramai yang boleh dipulihkan…
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Marang. Adakah Yang Berhormat Marang bersetuju kalau disebut tentang mentaliti subsidi sejak daripada 50 tahun BN memerintah menyebabkan kemiskinan bertambah teruk terutamanya. Bukan sahaja berlaku di Sabah dan Sarawak tetapi di peringkat negeri Kedah di Padang Terap, Sik, Baling ini semua apa yang kita lihat mentaliti yang mahukan subsidi menyebabkan mereka terus miskin. Adakah Yang Berhormat Marang bersetuju?
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang]: Saya bersetuju dengan huraian-huraian. Ada mereka yang mesti diberi subsidi sepanjang masa, yang tidak ada harapan untuk dipulihkan, Orang kurang upaya, ibu tunggal, yang tidak ada tempat bergantungan, yang sudah tua, dan lain-lain. Dalam keadaan-keadaan darurat ketika menghadapi inflasi, mereka yang tinggal di kawasan-kawasan bandar, setinggan, yang miskin ada insentif daripada kerajaan sementara waktu bukan selama-lama dan ada yang selama-lama dan mestilah diperincikan.
Dalam masa yang sama kita mesti ada angka berapa orang miskin yang sudah dibebaskan, tidak perlu lagi bantuan. Kadang-kadang yang sudah dibebaskan juga ada buat bantuan, dan bantuan ini menjadi masalah. Kalau bagi duit hari raya, datang dengan kereta letak jauh-jauh. Ini berlaku di kawasan saya, di negeri Terengganu, di negeri lain pun ada berlaku macam ini. Oleh kerana itu, mesti terperinci jumlah ini baru diperuntukkan dulu baru cari.
Mereka yang menjadi sasaran ini ialah petani, nelayan, buruh, penganggur dan berlakunya ketirisan dalam menyampaikan bantuan-bantuan ini. Seperti yang saya sebut tadi bantuan yang diberi kepada yang tidak berhak, penyalahgunaan bantuan, contohnya subsidi diesel, petrol yang diberi baru-baru ini bukan dapat kepada nelayan tetapi lintah-lintah darat, tauke-tauke, jual di laut, nelayan menjadi pekerja untuk menjual diesel yang dijual di laut, ini berlaku. Walaupun ada tindakan-tindakan tetapi amalan ini berterusan, dalam masa yang sama kerajaan mesti mendidik masyarakat untuk membantu.
Bukan sahaja menjadi tanggungjawab kerajaan, kalangan-kalangan swasta mesti dilibatkan dalam membantu menangani masalah kemiskinan. Cuba menjadi tanggungjawab bersama, tanggungjawab sosial, tanggungjawab masyarakat.
Kerajaan jangan hanya memberi kontrak, memberi projek, memberi itu sahaja tetapi galakan-galakan kepada mereka yang melakukan kerja-kerja kebajikan, yang berjaya dalam projeknya, yang berjaya dalam khidmat kepada masyarakat.
Yang kedua, penekanan dalam peningkatan taraf hidup rakyat dan kuasa beli. Kita dilanda oleh keadaan inflasi yang begitu rupa. Kita melihat negara lain, negara Barat, Singapura yang dekat dengan kita walaupun berlaku inflasi tetapi kadar gaji yang sekurang-kurangnya boleh menghadapi masalah kehidupan. Apa yang berlaku di negara kita ini, kadang-kadang pendapatan tidak mencukupi. Ini melahirkan gejala-gejala sosial.
Kerajaan mesti bersungguh dalam menangani masalah ini dan mesti melihat supaya gaji kakitangan rendah, buruh dan sebagainya supaya pendapatan di kalangan orang miskin dipastikan mampu sara hidup. Saya faham mungkin ada perbezaan di antara kawasan Bandar seperti Kuala Lumpur dengan bandar yang jauh.
Kerajaan boleh memberi insentif, memberi sumbangan untuk mereka yang dihimpit oleh kawasan-kawasan yang tertentu dan kerajaan mesti membuat kajian dalam sistem gaji dengan cara yang tepat bukan dengan cara yang tidak tepat supaya hilangnya masalah taraf hidup yang tidak seimbang dengan inflasi.
Masalah pengangguran, walaupun di sana ada program modal insan untuk melahirkan tenaga mahir di kalangan terpelajar tetapi berlakunya pengangguran. Pengangguran ini berlaku sama ada tidak ada peluang pekerjaan ataupun tidak ada semangat, semangat tidak ada. Keduadua aspek ini hendaklah diberi perhatian, yang tidak ada peluang pekerjaan mesti diberi peluang pekerjaan, mewujudkan suasana yang memberi peluang pekerjaan, yang tidak ada semangat dipulihkan semangatnya termasuklah penjenayah, penagih dadah.
Saya mencadangkan supaya mereka bukan sahaja dihukum dengan hukuman sebegitu rupa sahaja. Penagih dadah, penjenayah ini dihukum dan dididik dengan pekerjaan-pekerjaan ataupun dalam masa mereka dihukum memberi hasil dan sumbangan kepada negara.
Masalah pekerja asing hendaklah dengan cara yang sistematik jangan dengan cara yang tidak teratur. Kerana cara yang tidak teratur, kedatangan pekerja asing yang tidak perlu yang menyebabkan hilangnya pekerjaan kepada rakyat. Kadang-kadang kerana adanya kalangan yang melihat upah yang murah, kerana mahu upah yang murah keuntungan yang besar ambil pekerja asing tanpa mengambil kira penduduk tempatan sendiri.
Jangan kita jadi seperti kera di hutan disusukan, anak diriba dilemparkan. Kerajaan mesti mengambil perhatian juga, begitu juga pekerja asing yang membawa gejala social hendaklah ditapis dengan sebaik-baiknya dan yang ketiga dalam konteks belanjawan ini ialah kesaksamaan sosioekonomi.
Kita jangan terus-menerus dengan sistem yang diamalkan di zaman penjajahan dahulu. Negeri-negeri di Pantai Timur sebagai contoh diabaikan. Negeri-negeri di Malaysia Timur diabaikan. Banyak industri, pembangunan-pembangunan yang memberi pulangan yang lumayan, yang mengukuhkan ekonomi di negeri Pantai Barat, kemudahan-kemudahan pelabuhan dan lainlain Pantai Timur dan Malaysia Timur ditinggalkan.
Kita melihat sendiri bagaimana amalan projek-projek hanya digalakkan dalam masa pilihan raya. Apabila ada pilihan raya kecil berebut-rebut hendak buat jalan. Kadang-kadang rakyat bercita-cita supaya wakil rakyat itu mati cepat apabila dapat projek. Ini malang, dia tidak bertanggungjawab.
Di Malaysia Timur, di Sabah, di Sarawak saya melawat beberapa kali. Walaupun kita telah mencapai kemerdekaan 50 tahun, Malaysia Timur hampir 50 tahun, masih banyak kawasan yang tidak ada infrastruktur. Melalui sungai tidak ada jalan raya, tunjuk muka apabila ada pilihanraya, selepas pilihan raya dilupakan. Apa yang berlaku adalah aktif di dalam menebang balakbalak sahaja, mengambil hasil bumi sahaja tetapi rakyat dibiarkan.
Penduduk-penduduk asli, jangan jadikan penduduk asli ini barang warisan untuk dipelihara selama-lamanya. Seolah-olah kita bangga menjadi barang warisan. Orang Iban, orang Kadazan, orang yang asal duduk di kawasan ini, biar pelancong datang tengok. Kita mesti ada tanggungjawab, memasyarakatkan mereka, majukan mereka, jangan dibiarkan begitu.
Dalam menangani masalah pengagihan pendapatan ini kita tidak menafikan kaum bumiputera adalah majoriti kalangan miskin, oleh kerana itu mereka diutamakan di peringkat ini. Kaum bumiputera dengan jumlah yang besar tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh mengabaikan kaum yang lain, yang juga menjadi sebahagian daripada kita, rakyat negeri ini.
Kaum Cina yang tinggal di kampung-kampung baru, kaum India di estet, mereka adalah rakyat kita, jangan duduk berbalah siapa yang asal duduk di sini dahulu, hilangkan perbalahan itu. Kita hendaklah menerima hakikat, ini semua adalah rakyat negara kita… [Tepuk] Jangan duduk bertengkar. Kita terima hakikat ini. Ini cara kesaksamaan sosioekonomi yang perlu dilaksanakan.
Mengeratkan perhubungan kaum, mewujudkan perpaduan rakyat, hendak menyatukan manusia bukan macam hendak menyatukan batu bata, bangunan rumah. Manusia bukan batu, manusia bukan kayu. Manusia ada perasaan, ada hati nurani. Hendak menyatukan mereka bukan diambil kira isi perut termasuklah isi hati dan perasaan, bukan perlu dilayan perut dan kemahuan perut sahaja. Perasaan hati juga dengan keadilan yang sebenarnya, ini yang menyatukan rakyat… [Tepuk]
Modal insan, insan adalah manusia. Manusia mempunyai naluri dan fitrah yang tersendiri. Untuk membangun manusia mestilah membangun fitrahnya, membangun sifat-sifat semula jadinya. Manusia ada roh, manusia ada jasad, manusia ada perasaan individualistik, manusia hidup bermasyarakat. Islam memberi perhatian kepada semua aspek ini. Islam berbeza dengan ajaran yang lain, yang memberi penekanan kepuasan jasad sahaja.
Ada yang memberi penekanan kepuasan roh sahaja tanpa mengira jasad, hendak menjadikan manusia macam malaikat. Ada yang memelihara kepentingan masyarakat sehingga menghapuskan hak-hak individu macam komunisme. Ada yang memelihara kepentingan individu tanpa masyarakat. Aspek-aspek kemanusiaan ini perlu diambil kira dalam semuanya dalam membangun modal insan.
Bukan sahaja dibangunkan kesihatannya, mesti dibangunkan akalnya dengan ilmu, ilmu pengetahuan mematangkan akal dan ilmu pengetahuan yang memahirkan kehidupan diri. Dalam masa yang sama, ilmu yang membuahkan akhlak yang mulia, ilmu yang melahirkan semangat patriotik. Ini perlu diambil kira atau kita hanya memberi penekanan dalam ilmu-ilmu pengetahuan akal sahaja, tanpa akhlak dan tanpa semangat patriotik, manakan mendatangkan hasil yang sebenarnya.
Walaupun ramai mereka yang lulus universiti, tapi ramai yang menunggu kerja kerajaan sahaja, tak sanggup nak bekerja sendiri. Yang bekerja, menyeleweng pula, jadi penipu. Cerdik tak boleh tumpang, bodoh tak boleh harap. Ini berlaku dalam masyarakat, mendidik akhlaknya tahu dosa dan pahala, kena dan sabar, adil dan zalim, jangan kita didik rakyat menjadi rakyat, menjadi rakyat mengukur benda yang salah, yang diukur siapa bagi duit?
Sehingga minda kita nak berpolitik pun dipengaruhi politik wang, bukan politik memilih siapa yang layak. Dalam pilihan raya pun sama, memilih pemimpin yang dapat bagi wang, bagi benda, bukan pemimpin yang bertanggung jawab. Ini kerana kita tidak mendidik manusia membangun manusia dengan akhlak. Dengan ilmu saja tidak boleh, mesti dengan akhlaknya. Dengan semangat patriotik, sangat malang, kita mengajar anak-anak kita seolah-olah wira kita hanya tahun 1946.
Padahal kita menentang penjajah sejak kedatangan Portugis dan Belanda. Di mana pejuang-pejuang kemerdekaan yang menentang penjajah sejak zaman itu hilang, seolah-olah keperkasaan kita, hanya tahun 1946 selepas mencapai kemerdekaan dihilangkan.
Sejarah-sejarah silam yang sepatutnya membangkitkan semangat, dalam menangani modal insan ini, melahirkan semangat patriotisme. Kita belum belajar dari Jepun yang ranap dalam perang dunia yang kedua. Jerman yang roboh dalam perang dunia kedua bangkit menjadi kuasa besar ekonomi dan politik.
Taiwan, China bangkit dengan cara mereka sendiri, di samping mereka mendidik rakyat dengan ilmu dan semangat, untuk menimba ilmu dari mana sahaja datangnya. Ini kerana di nyatakan oleh Nabi s.a.w… [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan orang yang beriman” di mana saja dia jumpa, dia mesti ambil. Tamadun Islam, belajar dulu Tamadun Cina, Tamadun India, Tamadun Rom, Tamadun Parsi, Tamadun Mesir, diambil semua yang menjadi manfaat, diterjemahkan dalam bahasa Arab. Untuk mempelajari tamadun lain dengan bahasa masing-masing, untuk membanyakkan tenaga mahir yang melahirkan tamadun bangsa itu mestilah bangsa ibunda sendiri.
Jepun meramaikan manusia-manusia yang di bangun yang dibina dengan bahasa Jepun. Taiwan dengan bahasa Cina, kita belajar Taiwan dengan kemajuan dia, bukan dengan bertumbuk dalam Parlimen. China bangkit dengan bahasa Cina, dia nak pergi luar, dia belajar dengan bahasa Inggeris, bahasa Perancis. Begitu juga negara kita, mestilah kita memperkasakan bahasa kebangsaan supaya menjadi bahasa ilmu, bahasa ibunda. Jangan dihalang belajar bahasa ibunda masing-masing. Ini kerana masing-masing bangsa ada bahasa dia sendiri, dia selesa dengan bahasa dia,dan kita telah berjaya menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantaraan.
Akhir-akhir ini saya melihat bahasa kebangsaan tidak diperkasakan, dilekehkan. Kita lihat bagaimana pemimpin Jepun buat perjanjian dengan bahasa Jepun terjemah dengan bahasa lain, kalau silap, mesti balik dengan bahasa asal dia. Dia boleh kelentong ikut bahasa dia. Inggeris dengan bahasa Inggeris, Perancis dengan bahasa Perancis. Kita dengan bahasa orang, orang kelentong kita, ini yang berlaku. Tidak menjadi salah kita banyak belajar bahasa asing, tapi dalam masa yang sama nak memperkasakan bangsa kita sendiri mestilah dengan bahasa kita sendiri.
Dalam memantapkan ekonomi rakyat dan negara, pembangunan sektor sokongan dan pembangunan industri logistik amat penting. Kita melihat sebagai contoh, saya orang kampung, melihat sendiri bagaimana petani nak bertanam, menghadapi masalah harga baja yang mahal. Penternak nak pelihara binatang, harga makanan binatang ternakan mahal.
Orang yang tinggal di Pantai Timur sebagai contoh, terpaksa beli dari Johor, dari Pantai Barat. Mengapa tidak dibina di Pantai Timur, di Malaysia timur, dibanyakkan? Begitulah juga kemudahan dalam bangunan kilang besi, kilang simen, teknologi macam PERWAJA yang dahdiambil tindakan, dah meninggal dunia, tak tahulah apa jadi. Kita mahu kilang besi, kilang simen yang benar-benar memberi kemudahan kepada industri-industri yang lain untuk memantapkanekonomi kita.
Industri Kecil Sederhana atau IKS perlunya ada sokongan dan hiliran. Kerajaan perlu mempelajari lebih kesilapan-kesilapan yang lalu. Sebagi contoh, rakyat digalakkan menceburi industri pertanian di pasarannya tidak mencukupi menyebabkan berhenti di tengah jalan. Di Pantai Timur, sebagai contoh pertanian industri rozel ditanam begitu banyak, oleh sebab pasarannya tidak ada, akhirnya petani menjadi mangsa, pengusaha kecil menjadi mangsa.
Saya harap yang kena ini juga jangan jadi begitu, saya dah beri peringatan dalam ucapan saya yang lalu. Mestilah projek hilirannya, pasarannya disusun dengan baik, dengan bertanggung jawab dengan berjaya, dan kerajaan wajib memanfaatkan semua hasil bumi. Kurnia Allah SWT, Allah SWT bagi kita sumber hasil bumi yang banyak, sumber petroleum, sebagai contoh, dengan Petronas hendaklah ditingkatkan dan dilaksanakan dengan betul. Sumber hasil galian ini dipelihara dengan sebaik-baiknya dengan cara yang ekonomik, jangan rakus dengan mengeluarkan dengan sebanyak-banyak, mesti ada simpanan kita dengan sebaiknya.
Dalam masa yang sama, hasil daripada itu hendaklah diagih kepada program-program yang lain yang akan membantu negara bila sumber ini tidak ada lagi.
Saya menghargai Petronas melaksanakan projek-projek sehingga peringkat antarabangsa hingga di luar negara. Akan tetapi mestilah berhati-hati, saya dapat satu berita ada projek di Mauritania. Satu kompeni dibeli oleh Petronas, saya tak tahu betul ke salah, biar kerajaan jawab. Dikatakan kompeni ini sakit, tenat, kita beli yang tenat ini, orang lain tidak mahu beli. Walaupun penasihat-penasihat yang pakar dalam Petronas menasihatkan jangan beli, tapi yang lebih atas, suruh beli juga. Mungkin ada lagi tempat-tempat lain, kita tak mahu hal-hal seperti ini berlaku. Komoditi, pertanian, penternakan hendaklah ditingkatkan dengan cara sebaikbaik.
Kita mempunyai tanah yang luas terutama dalam menghadapi krisis makanan, hendaklah diselaraskan dengan Dasar Jaminan Makanan Negara dengan bergantung import. Kita melihat negara-negara mahu dalam dunia, negara industri besar, mereka memberi perhatian kepada makanan yang cukup. Di Amerika, di England, Jerman, di Perancis, kalau kita melawat di sana, kita melihat sendiri mereka mempunyai sumber-sumber pertanian yang cukup untuk sara hidup negeri mereka sendiri sekiranya berlaku apa-apa hal, berlaku apa-apa perkara darurat.
Saya pernah menyebut perkara ini dalam Dewan ini dalam tahun 90-an tetapi Menteri Pertanian di masa itu mengatakan tidak ekonomik. Lebih baik kita beli daripada luar, import. Lebih baik kita buat program pertanian di luar, bawa balik ke negara kita. Dipandang lekeh begitu saja.
Hari ini baru tahu bila kita menghadapi krisis makanan. Tak apalah, kita boleh perbetul balik dalam perkara ini. Jepun sebagai contoh, memberi subsidi 99% kepada petani. Kerajaan sanggup menghabiskan wang untuk menyediakan jaminan makanan negara. Ini sebagai satu contoh. Tanah di negara kita luas, tanah terbiar masih banyak. Dalam masa yang sama untuk menghadapi krisis ekonomi, diharap kerajaan supaya mengalih pergantungan kepada dunia Barat.
Alihkan pergantungan kita kepada tolong-menolong di kalangan sesama sendiri, di kalangan negara Islam dan negara serantau. Sudah tiba masanya kita menamatkan pergantungan dalam tukaran antarabangsa kita dengan dolar. Patutnya negara yang sedang membangun, negara serantau dan negara Islam ada asas sendiri. Mata wang sendiri menjadi pergantungan kepada mereka supaya kita tidak terikut-ikut dengan gejala ekonomi yang berlaku pada kuasa-kuasa yang lain.
Seterusnya saya ingin menarik perhatian, semua perkara-perkara ini dapat dilaksanakan dengan jaya sekiranya kita dapat membangun insan dalam erti kata yang sebenar. Dengan caracara yang saya sebut yang kita mengubati penyakit-penyakit yang sedang berlaku dalam diri kita.
Di antaranya ialah krisis keyakinan, kita sedang menghadapi krisis keyakinan dalam diri kita sendiri. Tak percaya pada diri kita sendiri, tak percaya pada kekuatan dan sumber yang ada pada kita sendiri. Krisis keyakinan perlu diselesaikan.
Maka pendidikan, pelajaran, penerangan perlu memainkan peranan dalam mengubati krisis keyakinan ini. Di antara yang menimbulkan krisis keyakinan ialah tidak percaya kepada pentadbiran kerana banyaknya rasuah, tidak percaya kepada badan kehakiman kerana berlakunya kelakuan-kelakuan tidak senonoh, tak percaya kepada BPR kerana tindakan-tindakan yang tidak berkesan yang tidak boleh mengatasi masalah rasuah. Sepatutnya kadar rasuah makin kurang tapi makin bertambah. Ini semua menghilangkan keyakinan.
SUHAKAM dalam Laporan SUHAKAM supaya kerajaan melakukan reformasi terhadap kehakiman, BPR, media, SPR, undang-undang yang dianggap tidak sesuai seperti ISA, undang-undang pada zaman penjajah kita masih amal lagi. Ini perlu diubah, dipinda pada undang-undang yang adil, yang baik.
Undang-undang hukum gantung sampai mati. Baru-baru ini di peringkat antarabangsa golongan hak asasi manusia menimbulkan hukuman gantung sampai mati, ini hukuman zaman kuno. Masih diamalkan. Undang-undang yang seperti ini hendaklah dihapuskan, ditukar pada yang lain. Bukan tak ada undang-undang langsung. Bukan bermakna kita minta hapuskan ISA bermakna tak ada undang-undang, ada undang-undang.
Buat undang-undang yang lain, yang baik, yang adil, yang sesuai dengan perkembangan masa, yang sesuai dengan kita sudah merdeka. Undang-undang yang menimbulkan rasa tanggungjawab yang tidak menghilangkan kasih sayang antara kerajaan dan rakyat, antara satu sama lain… [Tepuk]
Saya yakin dan percaya sekiranya kita sedia untuk membuat perubahan-perubahan ini, kita berada di negara yang selamat. Kalau kita masih lagi berkeras, tak mahu mengakui kesilapan, kesalahan, tak sanggup nak kembali ke pangkal jalan, maka kita akan menerima akibat malang di samping saya menerima hakikat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri nak mengundurkan diri. Saya berharap Perdana Menteri akan dapat melaksanakan ikrar sebelum berundur. Nak memulihkan kehakiman, nak memulihkan BPR, nak memulihkan banyak perkara lagi.
Mudah-mudahan beliau meninggalkan peninggalan yang baik sebelum mengundurkan diri dan kita sokong sekiranya Perdana Menteri ingin buat perubahan yang sungguh-sungguh… [Tepuk] untuk menyelamatkan negara. Saya rasa itulah ucapan saya. Sekian, terima kasih.
RUJUKAN: 15 Oktober 2008
Difailkan dalam: ADR Marang, Dewan Rakyat, Ucapan
DMP KEDAHhttp://www.blogger.com/profile/08033807494139028553noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5672911127344247440.post-62152613306734813802008-10-14T16:46:00.000-07:002008-10-14T16:49:38.244-07:00Impian "16 September"Oleh anaksengat

"DSAI hari ini menyatakan sasaran beliau kini ialah menumpukan ekonomi negara. Tiada lagi usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Malaysia. Mimpi lompat tiada lagi. Harapan rakyat kini terhenti. Pastinya isu yang sedikit sebanyak menggugat perpaduan ahli dan pimpinan PAS sepatutnya selesai.

Kenyataan TGHH sewaktu muktamar bahawa beliau tidak mahu menjadi Mat jenin ternyata tepat. Pandangan Datuk Mustapha Ali yang mencetuskan perselisihan terbuka dalam PAS juga terpaksa diakui WALAUPUN ADA TARIKH BARU YANG DISASARKAN

Bukan tujuan mengungkit, namun mengharapkan kita kembali berada di landasan perjuangan yang berpijak di bumi nyata. Hampir semua program dalaman parti yang membuat post mortem biasanya menekankan agar kita tidak mengharapkan kemenangan dari kelemahan musuh sebaliknya kekuatan sendiri. Walaupun isu itu dibuat untuk musuh mungkin, namun yang malangnya ramai kita terhenti bekerja kerana membahaskan isu tersebut.

Ada blog pimpinan yang seolah menjadikan isu utama mempertahankan impian tersebut,. Samada persoalan lompat parti itu bermaruah atau tidak , kini bukan persoalan lagi. PR perlu terus bekerja kuat dan memastikan perpaduan dalaman dikukuhkan. Selain itu startegi sepatutnya ditumpukan bagi meyakinkan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan PR.kalau Kelantan sebuah melahirkan anak seramai empat negeri...

sepatutnya empat akan melahirkan anak yang lebih ramai. Isu isu sensitif sepatutnya ditangani secara bijak. Perpecahan atau perselisihan dalaman sesama parti anggota PR atau dalam parti parti yang menganggotai PR sepatutnya selesai di meja rundingan bukan di media massa atau di blog atau sebarang media.

Umum mengakui isu 16 september mampu menggoncang kerajaan BN walaupun asas tarikh untuk perubahan itu agak longgar. Setelah 16 september isu itu seakan mati namun sedikit sebanyak kepercayaan rakyat juga mula longgar kepada PR khususnya dsai. Saya pasti akan ada yang menafikan kenyataan ini, namun teori yang lahir dari harapan dan angan angan tak mampu memadamkan realiti di rasai rakyat bawahan. Rakyat yang meletakkan harapan tinggi terhadap perubahan pada tarikh itu, khususnya setelah kenaikan mendadak minyak pastinya kecewa. Ada yang bersikap menaruh harapan baru , ada yang terus tunggu dan lihat dan ada yang mula kecewa dan mengangap tertipu. Bagi yang bersifat terbuka dan memahami itu sebahagian strategi Bijak DSAI hanya ketawa dengan kebimbangan yang ditunjukkan BN.

Diharapkan jangan ada pihak yang terlalu mengharap dan beriman dengan tarikh perubahan tersebut sehingga tidak rela ditegur atau dikritik menyalahkan pihak pihak yang tidak yakin sebelum ini. Jangan dituduh bahawa ada pihak dalaman PR sendiri yang menggagalkan rancangan tersebut untuk menyelamatkan UMNO. JANGAN! JANGAN! JANGAN!.

Anggaplah strategi DSAI itu berjaya kerana sekurang kurangnya BN turut berpecah. MPnya terpaksa dilarikan. Banyak masa dihabiskan untuk memastikan MP Sabah tak lompat parti. khabarnya apa sahaja yang diminta oleh kerajaan Sabah ditunaikan...Rakyat Sabah paling beruntung dengan isu itu.... atau pemimpin Sabah yang paling beruntung kerana pengaliran kewangan negara yang banyak mungkin tidak meleleh kepada rakyat. Yang pasti 16 september menjadi tarikh yang diberi perhatian oleh kerajaan pusat untuk disambut selepas ini sebagi tarikh penubuhan Malaysia. tidakkah itu kejayaan???

Apa yang penting semua ahli dan pendokong PR mesti bekerja untuk mengambil alih kerajaan dalam pilihanraya akan datang. Jangan mengharap jalan mudah dengan menanti orang lompat parti. Kenyataan pemimpin DAP bahawa lompat itu sesuatu yang tak bermaruah adalah isyarat yang mesti diberi perhatian. Bukan disudut jadi atau tidak tetapi menggesa kita bekerja keras. Menanti tarikh baru dengan jalan pintas menjadikan kebanyakan kita terus leka dari bekerja.

Lebih malang menghabiskan masa berhujjah SESAMA SENDIRI samaAda JADI ATAU TIDAK 16 SEPTEMBER? Saya yakin ramai yang letih memberi ramalan jadi atau tidak perubahan tersebut. Kalau diperingkat kawasan pun kita dah dijadikan sasaran membuat ramalan,, saya yakin peringkat negeri dan pusat lebih lagi... Yang pasti telah ramai melahirkan pakar ramal dikalangan kita. Apa yang saya tahu ramalan semata mata tidak menghasilkan kerja!!!

SEKALI LAGI DIINGATKAN...JANGAN MENYALAHKAN KEGAGALAN INI KERANA ADA PIHAK YANG TIDAK MEMBANTU MENJAYAKANNYA SEBALIKNYA MEMBANTU MUSUH! JANGAN ! JANGAN ! JANGAN!

Empat tanda kebinasaan "Hati yang keras, Mata yang beku (tak mengalirkan air mata menyesal dosa), Rakus dan PANJANG ANGAN ANGAN. - Alhadith.

Kini PR perlu kehadapan. Jangan biarkan pendokong hanya menanti tarikh baru untuk perubahan. Kita perlu kehadapan. Rancang strategi menawan hati rakyat. Rakyat kini perlu menjadi perhatian! setiap parti dalam PR mesti mengukuhkan perpaduan. Jangan menghabiskan berbalah dan mencabar sesama sendiri untuk sesuatu yang tak pasti. Paling penting! kerajaan yang kita kuasai benar benar berbeza dari kerajaan BN sebelum ini. Jangan ulangi kesilapan Bn yang menyebabkan rakyat benci. Kita menang kerana kebencian rakyat terhadap BN bukan hanya kekuatan sendiri. Kalau kita jua dibenci... pastinya kita juga kehilangan kuasa seperti BN dikalahkan.

Pastikan pemimpin tidak menyeleweng, kebajikan rakyat diberi perhatian..bla..bla...bla... untuk pemimpin... bagi kita pastikan menjadi tenaga kerja kepada kerajaan memperbaiki kelemahan dan menegur kesalahan... BUKAN MENGUMPUL KEKAYAAN!!!" DMP KEDAHhttp://www.blogger.com/profile/08033807494139028553noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5672911127344247440.post-69310469709714949372008-10-11T21:36:00.000-07:002008-10-11T21:48:18.234-07:00Tazkirah SyawalMuslimat yang dirahmati Allah,
Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa, beribadah dengan penuh tawadhu'. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebagai amal soleh.
Di sini izinkan saya terbitkan kembali satu artikel yang ditulis oleh Fahri Abdillah Al Masri;

"Bulan Ramadan lalu, ada beberapa buah program televisyen popular yang mendapat tempat di hati peminat, seperti Tanyalah Ustaz, Syahadah, As-Salam USA, Kembara Ramadan, Jejak Rasul, Al-Risaalah dan beberapa rancangan lagi.
Dalam banyak-banyak program tv itu, antara yang menarik perhatian saya ialah program Tanyalah Ustaz. Daripada persoalan yang sekecil-kecilnya sehinggalah kepada soalan yang paling sukar, rumit telah cuba dijawab oleh para penceramah dan tetamu undangan tersebut.
Mungkin bagi sesetengah orang, soalan-soalan yang mudah itu sangat remeh. Tetapi bagi sesetengah orang, persoalan yang remeh itu amat besar bagi mereka. Kalau persoalan itu terjawab, maka lapanglah dada mereka untuk meneruskan amalan.
Selagi mana batu persoalan itu masih belum dipecahkan, nescaya penonton tidak rasakan keseronokan dalam beramal. Bayangkan kalau pertanyaan mereka masih belum terjawab, maka akan berterusanlah mereka beramal dalam keadaan resah gelisah.
Misalnya, ada seorang wanita yang bertanya adakah batal solatnya jika dia membuat tiga gerakan sepanjang solat terawih? Lalu dijawab ustaz, bahawa yang dimaksudkan dengan gerakan tiga kali yang membatalkan solat itu adalah khusus terhadap pergerakan anggota yang membabitkan pergerakan yang keras dan jelas kelihatan.
Sekadar gerakan kecil-kecilan, maka hal itu bukanlah membatalkan solat. Maka, puaslah hati wanita itu untuk beramal sebagai biasa dalam menunaikan solat terawih itu.
Sementara itu, ada pula seorang wanita yang meminta pandangan mengenai pengambilan pil bagi menghentikan haidh. Tujuannya ialah supaya dia dapat meneruskan puasa seperti biasa. Mungkin, wanita itu mahu mengelak qada puasa.
Saya sendiri sudah lupa apa jawapan ustaz itu. Namun, yang jelas pada fikiran saya ialah, ustaz itu tidak menggalakkan amalan tersebut. Huraian lanjutnya tidaklah saya pasti.
Kalau saya berada di tempat ustaz tersebut, maka kemungkinan besar saya cuba mencari jalan falsafah untuk menjawabnya. Jawapannya ringkasnya lebih kurang begini ...
Islam agama fitrah
Kita sedia maklum bahawa Islam adalah agama fitrah. Dan puasa adalah di antara amalan yang akan menuntun jiwa manusia ke arah sifat kemanusiaan (fitrah) itu.
Kesemulajadian, sifat asal dan tabiat, fizikal dan mental, rohani dan jasmani manusia itu adalah fitrah. Insan dibekalkan dengan sifat yang sebenarnya tidak menghancurkan alam ini. Jika insan itu menjadi perosak, maka dia meninggalkan fitrah kejadian asalnya.
Kepada kaum Hawa, Allah membekalkan kepada mereka satu kitaran putaran haidh yang melengkapkan kewanitaan. Kewanitaan adalah sebahagian daripada belahan kemanusiaan (fitrah). Selesai berpuasa, kita akan menyambut Aidil Fitri (kembali kepada fitrah).
Syahadan, tidakkah tindakan memakan pil guna menyekat kelancaran kitaran haidh telah menghalang salah satu fitrah asal kejadian seseorang wanita yang normal?
Bagaimanapun, kita tidak akan mengutarakan persoalan hukum hakam di sini melainkan hanya ingin mengingatkan falsafah puasa sebagai amalan atau alat untuk mengembalikan jiwa manusia agar kembali menemui tabiatnya yang asal.
Banyakkan dialog hukum hakam secara langsung
Kembali kepada topik bualan asal yang berkisarkan dakwah perlu dibawa keluar daripada masjid, maka rasanya menjadi suatu keperluan dalam kalangan stesen penyiaran, saluran tv memperbanyak acara soal jawab secara dua hala melalui telefon, sms dan mel-e seperti mana program Tanyalah Ustaz itu.
Melalui acara secara langsung, bualan dua hala seperti Tanyalah Ustaz itu, kita nampak kesannya lebih kuat berbanding soalan-soalan yang dijawab melalui mel-e setiap minggu di dada akhbar. Tempoh menjawab soalan-soalan itu terlalu lama di akhbar.
Sama a kita setuju atau tidak, kita harus akui bahawa kadar celik hukum dalam kalangan rakyat Malaysia yang beragama Islam ini berada pada tahap yang rendah.
Malangnya, golongan ini juga kurang membaca dan mereka tak tahu apakah bahan-bahan bacaan yang perlu dibaca. Selain itu, tidak ramai juga yang suka ke masjid, mendengar isi ceramah dan menghadiri sesi soal jawab tentang hukum hakam dalam masalah feqah.
Realitinya, ramai khalayak yang suka menonton tv. Jadi, saluran tv sememangnya saluran yang amat baik untuk mengasuh dan mendidik masyarakat kita melalui acara bual bicara seperti rancangan Tanyalah Ustaz itu.
Kebanyakan program seperti Halaqah, Forum Hal Ehwal Islam, al-Kulliyyah dan lainnya adalah bersifat sehala di mana hanya ustaz, agamawan, penceramah dan pendakwah saja yang memainkan peranannya untuk mempersembahkan idea.
Tetapi, ini tidaklah bermaksud rancangan itu kurang bagus. Malah ia perlu diteruskan dan seharusnya dikembangkan lagi dengan membanyakkan serta mempelbagaikan rancangan dakwah yang bersifat dua hala (sesi soal jawab) itu.
Ketika sedang asyik berjuang bagi menegakkan Negara Islam, maka jangan lupa bebanan tugas untuk mendidik insan hingga mereka terus beramal dengan sempurna. Amalan yang sempurna adalah amalan yang dilakukan tanpa wujud sebarang keraguan.
Dan amalan yang bersih daripada sebarang keraguan itu tercapai apabila setiap kekeruhan pertanyaan tentang selok-belok amalan itu dapat dijernihkan dengan segala jawapan.
Itu baru hal hukum-hakam sekitar persoalan solat terawih, amalan puasa, haidh dan nifas. Kita lihat masih ramai lagi masyarakat Muslim yang belum beres soal-soal kecil ini. Jadi, agak-agaknya, pertanyaan berhubung feqah Negara Islam sudah beres atau belum?
Kalau masih bersarang keraguan tentang feqah Negara Islam dalam hati dan fikiran orang Islam sendiri, apakah mudah laluan ke arah pembinaan Negara Islam di Malaysia di mana rakyatnya berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, berjalur fahaman dan ideologi? _DMP KEDAHhttp://www.blogger.com/profile/08033807494139028553noreply@blogger.com0